Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Alhamdulillah- A recognition

Salam Isnin🙂

Blog ini pada asasnya seperti virtual diary saya – ia merekodkan , mendokumentasikan dan merakam semua titik titik memory pahit manis sepanjang saya meneroka dunia fotografi yang sangat saya chentai ini.

Bermula dari tahun 2006 sewaktu mula membeli my 1st DSLR Canon 400D sehinggalah saya berkasih dengan Nikon D90 sekarang – sangat banyak memori yg tercipta samada sedar atau tidak.

Dari mula merangkak belajar sendiri melalui buku dan majalah, sehinggalah saya tiba di pintu masuk Nikonian Academy dan keluar semula dengan asas pengetahuan teknikal dan peluang praktikal yang banyak- saya dapat melihat diri saya berkembang- walaupun tidak sehebat orang lain namun perkembangan positif mampu cipta senyum simpul.

Dunia Internet – dunia maya – menghamparkan seluas luas peluang utk direbut – menawarkan seluas luas gedung ilmu utk disedut. Fotographers harus maksimakan semua wadah maya yang ada- Facebook, blog, dan lain lain. Namun ada satu platform istimewa yang saya ingin kongsi bersama kawan kawan semua – platform maya yang memberi peluang sama rata pada semua kita – melangkau sempadan bangsa, agama dan negara.

FLICKR. Ianya free untuk 200 gambar anda yg pertama – namun ia cukup popular dan berkuasa untuk menjadi platform menganjak kita ke depan.

Saya bersyukur, kerna baru baru ini ada seorang editor majalah Hyde Park Photography menghantar mesej melalui FlickrMail kepada saya :

20110620-082235.jpg

Bagi sesetengah orang, maybe it is just nothing but for me, it is enough to make me happy – gumbira kerna hasil kerja berjaya ‘menarik’ mata orang dari luar sana🙂

Saya pasti kawan kawan lain yang minat fotografi mempunyai banyak gambar gambar menarik utk ditunjukkan ke dunia- percayalah – Flickr memang salah satu caranya🙂

Jom Flickr !

Alhamdulillah.

4 responses

  1. suDe

    Yea… I’m 1st to comment ke…???
    A 1 step further…..
    Tumpang kawan gembira…. 😉

    June 25, 2011 at 05:21

  2. syudz

    aslm abg yan.. wahh sama la kite .. mule nk berjinak2 dgn D90 jugak ni.. tp br sekali je pegi kelas.. mmg x expert lgsg laa.. kene byk practice la kan..
    just wanna say, love to see all the pic of ur D90’s output..bile la nk terror nih.. huaaa..

    November 10, 2011 at 12:10

    • salam syud , tq for visiting😉
      boleh tu – d90 tu bagi saya dah lebih dari cukup – macam macam leh buat .
      Yang penting syud kita kena banyak amek gambar – ada macam macam interesting things n moments around us yang leh snap ! Teruskan snap and jangan lupa kongsi hasilnya ya😉

      November 10, 2011 at 14:45

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s