Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Lumut sahaja – tak sempat ke Pangkor ;) : Part 1.

Salam semua😉

Sebelum start apa apa, lagi sekali saya minta kita sedekahkan Al Fatihah untuk kesemua mangsa kemalangan di Sabak Bernam last week. Semoga roh depa dicucuri rahmat Allah SWT.

Minggu lepas, saya dan isteri berada di Lumut. Sebenarnya sehingga hari Jumaat tu kami tiada perancangan nak kemana mana – sengaja kami masing masing ambil cuti untuk sekadar lepak di rumah setelah sekian lama tak bercuti dari kerja masing masing. Then isteri saya mendapat ajakan daripada kawan kawan Hospital Sungai Buloh untuk join satu seisi Treasure Hunt yang dirancang untuk diadakan bermula dari Hospital Sungai Buloh-Lumut. So, disebabkan kami memang tiada plan untuk ke mana mana , isteri saya bersetuju.

Kami bertolak berasingan – isteri saya dan team Treasure Hunt nya, manakala saya bergerak secara solo driving to Lumut. Lama sangat dah saya tak ke Lumut. Kali terakhir mungkin sekitar 2007/2008 bersama sama kawan kawan dari Perodua. Nak jugak tengok perkembangan Lumut. Menerusi PLUS saya keluar ikut exit Bidor then menelusuri jalan lama menuju ke Lumut. Banyak kampung kampung saya lalui. Disebabkan kedua tangan memegang stereng, so tak dapatlah nak amek gambar haha.

Tengah hari sampai di sana, si isteri masih belum sampai , jadi setelah membayar room di Virgo Resort Teluk Batik, saya terus ke Bandar Lumut untuk cari nasik. Maklumlah, tak makan since pagi. Lumut pada jam 12.30 pm Sabtu lepas memang surprisingly tenang dan aman damai, jauh dari tekaan saya. Saya menjangkakan Lumut akan sesak – tambahan pulak time time cuti sekolah ni.

Bila isteri saya sampai – sampai 1st plak tu amongst all the participating team, saya pun gerak semula ke resort. Selepas berehat sejam dua dan mentari pun mula redup – kami pun pi jalan jalan hirup udara segar di Pantai Teluk Batik petang tu.

combo1DSC_4379 DSC_4378 Apam balik – satu Rm0.50. Ini memang hidangan wajib di tepi pantai – sama cam kat Batu Feringgi kat Penang. Terbaeek dari ladang.

DSC_4387 combo2 Ramai gile orang kat pantai – mostlynya family. Budak budak sangat suka gile main air kat situ. Kat Teluk Nipah juga ada water sport – Banana boat , boat riding dan lain lain. Makanan dijual merata – namun tong sampah nya sikit sangat. Pihak berkuasa tempatan patut tambah lagi tong sampah supaya tak banyak sangat orang buang sampah merata.

combo3 combo5 DSC_4409 The Baywatchers. ;P

combo4 DSC_4477

DSC_4476 combo6 combo7 Berbaloi la duduk kat sini ! Virgo Batik Resort. Deluxe Room Rm160 semalam yet bilik dia sangat luas !

Pastu kami tak stay kat situ lama lama – bergegas plak kat Marina Island Complex berhampiran untuk menikmati sunset😉

combo8 combo9 combo10 Quality time dengan yang tersayang – hanya di Malaysia. Banyak lagi tempat tempat yang tak explore lagi di Malaysia😉 Kali ni best sebab gambar saya pun dah banyak ada dalam blog ni hahaha. Selalunya takde sebab yang tukang amek gambarnya saya – tapi credit to my wife sebab dia dah boleh amek gambar – and sometimes gambar2 dia lagi best dari saya !😉

Next entry : Menjelajah mencari keropok ikan di Bandar Lumut dan Lawatan ke Menara Chondong Telok Intan !

Alhamdulillah.

Jumpa lagi !

2 responses

  1. Mizi

    Blog yg menarik. banyak entries pasal Lumut. Kebetulan Lumut tu tempat tinggal saya dari sekolah rendah didalam Base TLDM & kawasan sekitar. Sedikit sebanyak paparannya mengimbau kenangan sewaktu tinggal di situ. Sekarang saya tinggal di Selayang. Welldone bebb…

    January 27, 2012 at 10:39

    • tq for dropping by Mizi😉
      Lumut ni macam cool lah heheh cuma time cuti je lah orang ramai sikit nak ke Pangkor but for me a very interesting place untuk bercuti😉

      January 27, 2012 at 12:46

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s