Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Hati-hati kawanku..

Salam kawan kawan semua.

Minggu lepas saya menemani isteri untuk aktiviti Treasure Hunt from Sungai Buloh to Lumut. ( gambar gambarnya akan saya kongsi kemudian ye😉 ).

Bila tiba masa untuk bertolak kembali ke Rawang, saya dan isteri mengambil keputusan untuk follow jalan lama from Lumut – setelah singgah bergambar di depan Menara Condong Teluk Intan – maka kami follow jalan lama from Sabak Bernam-Tanjong Karang-Kuala Selangor-Bistari Jaya- Tol Bukit Tagar ke Bukit Beruntung.

Trafik tak la banyak sangat sebab time tu masih awal lagi – dan di kiri kanan kami asyik terjumpa dengan banyak kenduri kendara😉 Good to see also nowadays kenduri kendara tu ada je sukarelawan RELA bertugas menguruskan parking dan lalu lintas pada yang datang bertandang;)

Cuaca agak mendung – hujan di beberapa kawasan sepanjang perjalanan. Kenderaan laju di beberapa kawasan sebab jalan kat sepanjang Sabak Bernam-Tanjung Karang tu memang best layan sebab straight je- setakat 120 km/h tu memang tak terasa pun. Saya yang bawak 110-120 km/h tu pun kekadang di’hon’ oleh kenderaan belakang yang sangatlah rajin cucuk angin. Ntah apa yang depa berebut sangat kat jalanraya tu pun saya tak tau.

Namun perjalanan kami tiba tiba ketemu jem yang sangat panjang once kami tiba di Kampung Pancang Bedena – Sabak Bernam. Deretan kereta yang panjang mengundang rasa tak sedap hati pada kami – selalunya accident je yang boleh bisa buat sesak begitu. Dan tekaan kami betul bila lalu saja kat tepi kawasan kemalangan tu. Sebuah myvi terbalik selepas berlanggar dengan sebuah Hilux.

Isteri saya meminta saya untuk berhenti sebentar kerana dia risau tiada siapa yang attend mangsa yang terbaring di jalan – setelah ditarik keluar oleh penduduk tempatan di situ. 2 orang mangsa terbaring di jalan dan seorang lagi masih tersepit di dalam kenderaan yang terbalik tu.

Saya merasa terharu, bangga dan kagum dengan isteri saya kerana dia terus berusaha untuk menolong mangsa mangsa yang terbaring di situ sementara menunggu ambulans datang. 15 minit dia berusaha – ditolong juga oleh beberapa orang sukarelawan lain – berusaha sedaya upaya mereka untuk membuat apa yang mampu. CPR di lakukan berulang kali kerana masih ada tanda tanda survival pada kedua dua mangsa. Apabila pertolongan tiba dari Poliklinik dan Pertahanan Awam – paramedik dan isteri saya berusaha untuk menstabilkan kedua mangsa sebelum dihantar oleh ambulan kepada hospital yang berdekatan. Pada masa yang sama bomba bertungkus lumus mengeluarkan lagi satu mangsa yang tersepit di dalam kereta yang terbalik tu.

Setelah diangkat masuk ke dalam ambulan, isteri saya merenung kepada kedua dua tangannya yang masih berlumuran darah dan asyik berfikir dan sangat kelihatan risau akan nasib mangsa. Kami singgah di rumah berhampiran untuk mencuci lumuran darah – dan info yang kami dapat daripada tuan rumah – kawasan ini memang kawasan kemalangan.

Setelah itu, kami pun terus balik ke rumah – di hati masih risau dan teringat ingat keadaan kawasan kemalangan pada hari tu. Sehingga pukul 1 pagi kami menunggu sebarang berita tentang perkembangan mangsa – namun tiada sebarang paparan di dada berita TV. Tak putus putus doa kami mudah mudahan depa selamat.

Keesokan paginya, saya surf online dan saya dapat tahu kesemua 3 orang mangsa telah pun meninggal dunia ;Isteri saya sedih – dan pasrah – Dia telah berusaha sehabis baik namun hidup mati itu tetap ketentuan Allah Taala.

Di sini saya letakkan link untuk berita kemalangan ini http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/3mautkeretabertembung/Article/index_html

Al Fatihah untuk Nor Aini Abdul Razak,Siti Aminah Ibrahim dan juga Muhammad Zulhelmee Muhammad Saidin.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya pada roh roh mereka.

Amin.

Amin.

Amin ya Rabbal Alamin.

20110614-124723.jpg

20110614-124759.jpg

7 responses

  1. May they rest in peace .. Al Fatihah ..

    June 14, 2011 at 06:00

  2. isk.. gajah melanggar kancil.. nauzubilah.. apa pun terima kasih kat Dr. Dayah.. sebab membantu dan menolong.. bangga sungguh..🙂 al-fatihah buat famili yang terlibat..

    June 14, 2011 at 06:57

  3. ZURINA ZULKIFFLY

    innalillah dan al-fatihah. ajal maut di tangan tuhan.

    June 14, 2011 at 07:02

  4. Dr Hidayah..you have done your very best..i’m also proud of your noble act. may Allah bless you and May Allah bless the souls of the victim. Alfatihah

    June 14, 2011 at 13:30

  5. al-fatihah…pada sahabat arwah siti amniah dan arwah zulhelmy

    October 20, 2011 at 16:15

    • al-fatihah . Semoga depa ditempatkan di kalangan mereka yg soleh. Amin

      October 20, 2011 at 16:36

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s