Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Dinner Date : Fullhouse @ Sunway Giza

Salam kawan kawan – agak lama (seminggu lebih dah tak sempat lansung nak update blog ) tak jumpa heheh.

Last week memang sangat lah banyak kerja yang perlu diselesaikan – tanggungjawab yang sedia ada – ditambah lagi pula dengan beberapa tanggungjawab baru memang menguji kapasiti saya untuk membuat pelbagai percaturan masa dan ketika supaya semua benda dan isu dapat dibuat dengan sebaiknya .

Daripada di tempat kerja sehinggalah luar – 24 jam seakan akan tidak cukup – tapi kalau pikir balik, semua orang dapat 24 jam kan ? Allah Maha Adil – so rasanya terpulang pada saya sendiri bagaimana saya nak cukup manfaatkan 24 jam yang diberi tu😉

Bila saja ada masa terluang menjengah – saya lantas mengajak teman hidup saya untuk berjalan jalan cari makan. Kali ini berdasarkan cerita cerita yang saya dengar daripada kawan kawan – berita berita yang dibaca di dada magazine – kami decide kali ini untuk malam ini akan cuba tempat baru – kali ini di Fullhouse.

Fullhouse yang saya maksudkan ni adanya terletak di dalam Sunway Giza – di Kota Damansara. Senang je nak cari tempat ni – actually ada banyak lagi tempat menarik untuk lepak and makan kat Sunway Giza ni – yang lain akan di try di waktu lain kalau ada kesempatan.

Step ini di dalam Fullhouse anda akan disapa mesra oleh waiter bertugas – show u the place to seat dan kasi menu – Dekor yang berkonsepkan Victorian-esque yang banyak memanipulasi warna putih membuatkan ruang terasa besar . Ada sofa baldu untuk lepak lepak share gosip – ada boleh makan ramai ramai – boleh juga makan di luar sambil tengok orang lalu lalang – or just naik sahaja ke tingkat 2 untuk suasana yang lebih privasi.

Kami beruntung – walaupun namanya Fullhouse – nasib baik malam tu restoran tu tak ‘fullhouse’ – ada lagi ruang untuk kami berdua duduk. Duduk sahaja – menu sampai – dan beberapa ketika kemudian – order di buat – kami tak duduk di luar sebabnya kebetulan ada satu event kat luar tu – siap ada konsert mini lagi .

Satu pujian yang saya perlu berikan pada Fullhouse – tak sampai 5 minit order – makanan dan minuman terus sampai ke meja – panas panas ! Wow ! (walaupun restoran ketika tu hampir full)

Apakah yang kami order malam tu ? Ni listnya :

1) Chicken Chop untuk saya – memang lazat! antara yang terbaek yang pernah saya makan

2) Vongoie Spaghetti untuk wife saya – saya sebenarnya tak gemar sangat makan spaghetti – namun di sini – ia sangat sedap!

3) Chocolate Ice Blended untuk saya

4) Banana Milk untuk si dia

5) and for dessert – Profiterole !

Rasa = 8/10 dan sangat berpadan dengan harga !

Ya – memang best. Dan kami rasa ianya berbaloi dengan apa yang kami makan🙂 Selain daripada makanan – decornya juga perlu diberikan perhatian – tatacara penghiasan dalamannya sangat membantu menjadikan pengunjung selesa.

Setelah kenyang – kami pun beredar – dan sebelum meninggalkan Sunway Giza – saya sempat berpaling dan snap sekeping gambar ini – about the mini concert yang sedang berlansung kat luar Fullhouse :

Singer ngah menyanyikan lagu Bruno Mars ketika itu.

Alhamdulillah.

Jumpa lagi kawan kawan dalam my next post – InsyaAllah-

tata😉

2 responses

  1. Hye!

    Drop-by checking ur fullhouse post here.

    Gamba cantik sangat snap-snap! ^_^

    February 28, 2012 at 08:17

    • salam akak eskrem ! thank u for dropping by😉 Makanan tu pun sodap gak hehe

      February 28, 2012 at 10:34

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s