Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

New Area of photo-discovery : Toy Photography

Salam semua.

Sejak balik dari Retreat kat Midvalley baru baru ni, memang sibuk betul. Tersangatlah limited nya time untuk amek gambar. This week, my family datang melawat dari Penang and one of my brother – Ahmad Farhan- pun datang lepak sama kat rumah 2-3 hari. Jadi sesambil lepak dengan dia saya pun tergerak hati nak tunjukkan apa yang saya beli kat Osaka masa last month punya trip.

Actually, saya ada target khusus time pi Osaka tu (selain dari objektif syarikat hihi). Sebelum saya pergi sana, 2-3 weeks kebelakangan tu saya sangat tertarik melihat banyak gambar gambar kreatif yang menggunakan Danbo di FLICKR. Sangat mengkagumkanlah idea depa tu. Ada antara depa yang dedicate untuk amek gambar Danbo sebagai project 365 days depa. Memang best, tak caya kawan kawan try la search ‘Danbo’ dalam mana mana search engine. Jadi, saya pun amek screen shot Danbo tu guna Iphone saya dan simpan dalam foto album dengan niat nak cari dan beli Danbo kat Jepun sana.

Kechewa.

Saya cuba untuk cari Danbo di beberapa kedai kat Osaka dan juga Kobe namun kebanyakan dari jawapan yang diterima – HABES- SOLD OUT. Termasuk dalam tempat pencharian saya ialah di Yodobashi Umeda yang femes berhampiran dengan hotel tempat saya menginap di Osaka tu. Kat situ pun habes. Oh sungguh kechewa. Sambil membawa hati yang lara tu saya pun jalan jalan la kat department yang jual toys tu kat Yodobashi Umeda tu. Nak diceritakan – barang sesiapa yang gila pasal toys ni – once dah sampai kat Yodobashi ni rasanya memang macam tak mau balik ! Besar gile – sebut la saja apa nama anime – from Gundam Perfect Grade tu kepala keretapi mainan to semua jenis raksasa yang selalu dengki kat Ultraman to watak watak dalam games Final Fantasy – semuanya bersusun menunggu untuk dibeli. Jadi sebab saya cari Danbo tak jumpa- saya pun ushar usharlah toys yang lain ( memang dah ada dalam budget) heheh.

Pencharian saya menbawa saya bertemu pada satu siri toys yang sungguh menarik ! Revoltech Yamaguchi ! Macam patung mainan biasa jugak, tapi dia ada ‘revolving joints’ – maknakata semua joint nya boleh digerak- dan dibentuk mengikut hawa napsu kita. Bukan stakat tu – ekspresi muka – even bentuk tapak tangan boleh dicustomizekan – not to mention banyak accessories yang comes together with the box.

So – untuk mengubat duka tak dapat Danbo – maka 2 ekor Revoltech Yamaguchi saya beli – memperkenalkan kepada dunia (walaupun orang dah kenal) tapi kali ini secara eksklusif melalui Fotomamu sebagai jurufoto rasmi depa :

LUPIN THE THIRD dan kawan baeknya JIGEN DAISUKE ( dari anime Lupin the Third) ! Dipersilakan !!

DSC_0854 Ini dia Jigen Daisuke – bergaya sambil isap rokok yang tak nyala.

DSC_0861 Lupin the Third – baru balik merompak

DSC_0858 DSC_0295 Habes lah rumah pasni depa berkejaran !

DSC_0868 Dalam versi Penang : Hang nak pi mana Lupin ?

Hehehe. Itu hanya sebahagian dari ‘teaser’ untuk gambar gambar yang akan mendatang nanti.

Kecik kecik dulu tak dapat nak beli mainan banyak banyak – ni dah besar sikit kira boleh la start beli sikit sikit😉 Cuma pesan dari wife terchinta – jangan kasi semak rumah hehehe-

Alhamdulillah.

Jumpa lagi kita nanti InsyaAllah😉

8 responses

  1. Memang class..

    May 2, 2011 at 14:04

    • sesekali jadi bebudak balik bosss hehehe – by the way, kalau nak pi jepun nanti bos bagitau ya – mau pesan lagi banyak askar kat yodobashiiiiii tuu heheh

      May 2, 2011 at 14:08

  2. akkakakka..lawak la..tapi memang comel itu LUPIN!

    May 2, 2011 at 15:06

    • haha- tunggu pasni ada banyak lagi gambaq depa😉

      May 2, 2011 at 15:09

  3. singgah!..

    perghh… cam best je ade ank patung camni.. leh buat citer yang menarik!.. =]

    May 5, 2011 at 00:54

    • tq singgah bro !😉
      hehe memang toys ni leh wat macam macam sebab dia leh gerak gerak – siap leh tukar ekspressi muka lagi hihi

      May 6, 2011 at 00:53

  4. razali

    Power ah… Aku sentiasa nak beli bende2 camni… Nak ikutkan mcm2 aku jumpa bila gi mana2… Tapi bini aku tak kasi sebab kumpul habuk… Huhuhu

    May 16, 2011 at 04:09

    • hahaha beli beb
      aku jumpa kat jepung ni – kat sana banyak la mende camni
      beli bro jangan tak beli –
      (alasan – dia ada spesial function – habuk repellent) hahahaha

      May 16, 2011 at 05:02

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s