Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Final Episode : Osaka-Kobe 2011 Trip

Salam .

Kawan kawan yang saya hormati , terima kasih lagi kerana still stick to this blog😉

Berada di bumi Jepun selama 4 hari 3 malam banyak mengajar saya tentang kehidupan. Pemerhatian dan pengamatan saya terhadap bangsa Jepun ni banyak membuatkan saya berfikir tentang Malaysia yang tercinta. Intipati disiplin dari tiap apa yang dibuat nampak diterapkan dalam jiwa rakyat jepun ni sejak dari kecil lagi.

Bermula dari depa start bangun tido – naik kenderaan – kerja – kerja – kerja – balik kerja banyak mende yg saya boleh belajar. Tujuan sebenar kami sekumpulan pergi ke Osaka Jepun sebenarnya adalah sebagai jemputan khas untuk melihat final presentation staff staff Perodua yang dihantar ke sana sejak daripada April 2011 untuk training bersama dengan DMC – ianya satu agenda tahunan yang dilakukan untuk memberikan peluang pada pekerja-pekerja Perodua untuk merasai pengalaman bekerja dan menjalani latihan di Jepun. Alhamdulillah, selepas presentation yang depa buat – saya dapat rumuskan mereka semua ni mendapat manfaat yang amat baik dan diharapkan depa semua ni dapat menjadi pekerja contoh setelah depa pulang ke Malaysia dan berkerja di Perodua semula pada minggu ke 3 April nanti;)

Saya sangat bertuah (secara photographically) kerana mendapat kawan kawan yang sangat bergaya dan tidak segan segan berposing dan tak kesah gambar depa di ambil sepanjang stay kami kat sana hihi.

DSC_0291

Ini adalah antara beberapa keping gambar saya (diambil dengan menggunakan kamera saya) hihi. Waktu ngah brekpes – saya hanya makan roti + jem + butter.

DSC_0103

Kalau kawan kawan nak tahu : Semua key chain + gunting di atas ditempa secara tradisional – siap ada ukiran lagi ! Tapi mahal sikit la – next time saya datang, InsyaAllah akan saya beli

osaka13

Gambar Kiri : Pemandangan dari tingkap hotel. Gambar Kanan : Permandangan street Umeda – saya sangat geram sebab tak dapat naek Ferris Wheel tu.

osaka16

Walaupun ianya duet syiling, tapi nilai dia cecah berbelas hengget RM !

osaka24DSC_0265

Azizi @ dalam train.

DSC_0266

Taufiq @ dalam train jugek.

DSC_0276

Teringin lama dah nak buat such night portraiture with bokeh effects, ni trial saya depan Osaka Hard Rock Cafe😉

osaka34

 

Gambar kiri : Nakajima-San ( Ex Manager Assembly shop ) berbesar hati datang mengambil kami bawak pi makan shushi nyam nyam😉

Gambar kanan : En Halim sedang menikmati penangan haba luapan wasabi ! Fuuuuuuuhhh !

osaka35

Gambar Kiri : Mesin kiriman sushi !

Gambar Kanan : Azizi ( boleh lagi aku tambah ni.. boleh lagi ni…)

DSC_0723

DSC_0542

Salah sebuah kereta dalam Muzium Humobility World di Kilang DMC : Sejarah Daihatsu boleh diikuti di sini sejak awal penubuhannya

DSC_0196

Kat Naan Inn – depan Masjid Kobe kami dibawak pekena masakan Pakistan – nasik beras panjang, bermacam kari dan roti naan yang lebar lebar ! Fantastic !

osaka20

Kiri : Masjid Kobe tersergam indah – kat sini kami ada berjumpa dengan beberapa family dari Malaysia yang singgah solat dalam depa punya perjalanan melancong .

Kanan : Azizi melayan Naan !

osaka21

Kiri : Tokey Naan ini kalo tau sahaja visitors dari Malaysia datang ke kedainya semestinya dia akan tunjuk gambaq Dato’ Siti Nurhaliza yang pernah mai makan kat restorannya ini.

Kanan : Azizi terus salin kasut yang baru dibeli !

osaka22

Kiri : Kat Kobe – kelihatan segroup student baru keluar beli makanan halal at Kobe Halal Food. Very near to Kobe Mosque

Kanan : Permainan menunggu keretapi

DSC_0210DSC_0112

Dalam banyak banyak tong sampah yang kat Jepun,. ni la satu satunya yang jadi mangsa vandalisme – tulis nama mamu plak tu ! Haisssshhh ;P

osaka23

Kiri : Shahrin bergaya memakai topi yang baru dibeli di hadapan Hard Rock Osaka

Kanan : Awesome street performance by Violalala di kaki lima stesen keretapi. Sangat berbakat ini girl. Suare sedap!

osaka36

Depan Yodobashi Camera : Sungguhlah besar ini hypermarket yang ada semua mende di dalamnya. Barangan elektronik and camera yang membuatkan ayer liur terpercik sana sini kerana sifat ingin memiliki gajet itu ini. Not to mention dia punya toy’s department – besaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrr punye!!

osaka37

Lagi percobaan potrait ku dengan model model terhebat Osaka ( kategori warga asing) hihi.

osaka29Antara tempat yang kami singgah untuk dinner di Osaka is kat Bagus Indonesian Kitchen – makan Nasik Campur ( dalamnya ada set telur sambal yang super duper pedas kaw kaw mulut keluar api) dan minumnya ialah Caramel Java Tea. Kami dibelanja oleh tuan restoran Soto Ayam yang sungguh mengasyikan rasanya.

osaka30DSC_0587DSC_0655

Seisi menapak dari Kilang DMC to Train Station ( kat 45 minit gak lah) bersama GM Komoto-San. Sesambil dia bercherita tentang rumah rumah kat Jepun.

DSC_0578DSC_0744

Shahrin berlakon menjadi Doraemon . Taufiq dok pakat gelak kat belakang😉

DSC_0764

Personally, this is my feveret foto😉 Suasana sibuk malam di Osaka bersama teksi teksi yang beratur menunggu pelanggan di sepanjang jalan depan Yodobashi Camera.

DSC_0294Me (Body Shop) + Halim ( Assembly Shop) + Taufiq ( Paint Shop) dan Aziz ( Press Shop).

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak management kerana memberikan saya peluang untuk datang ke Osaka ini bersama kawan kawan untuk melihat presentation penutup student AOTS yang bertapa tak kurang 8 bulan di sini. InsyaAllah kalau ada la kelapangan suatu hari nanti saya nak datang repeat jalan jalan kat sini bawak wife saya hihi.

Ada banyak lagi gambar yang diambil – saya sekadar dapat berkongsi setakat 3 entry lagi je – kawan kawan jugak boleh ushar gambar gambar lain di http://www.facebook.com/album.php?id=622314612&aid=285387 di laman Facebook saya ya😉

Alhamdulillah. Terima kasih kerana datang menjenguk blog saya yang tak seberapa nih ya –

Insyaallah ketemu lagi kita pada next entry saya🙂

Cheers !😉

2 responses

  1. Wahh, bestnya..InsyaAllah next trip sy ke Jepun…Pakai Kamera apa ya?

    October 29, 2012 at 17:10

    • Salam Anamarzuki, thank u for dropping by my blog ya🙂
      Jepun kalau pi memang sangat best & banyak tempat menarik yang boleh singgah, cuma hari tu saya pi sebab urusan kerja, so tak banyak tempat menarik leh cover.
      Setakat ni saya maseh maintain Nikon D90 + 50 mm f1.8 since tahun 2009🙂

      October 31, 2012 at 13:33

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s