Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Osaka-Kobe 2011 : Part One

Salam semua .

Dengan mengetahui pengonfirman trip saya dan kawan kawan saya ke Osaka pada 2-3 hari sebelum bertolak, perasaan masih lagi bercampur baur. Masih lagi cuak kerana saban hari asyik ditayangkan kondisi semasa negara Jepun yg diuji Allah dengan dugaan gerak gegar gempa, tsunami dan kesan radiasi nuklear.

Tapi tugas adalah tugas, jadi pada Ahad lepas saya dan kawan kawan saya bergerak dari rumah masing masing untuk ke KLIA seterusnya ke Changi sebentar sebelum terus ke Osaka.

Sampai saja di Osaka, dah rasa dah dia punya kesejukan – nasib baek lah ada pakai winter jacket so sedikit sebanyak dapat gak lawan sejuk. Lepas tukar Traveller’s Cheques to Yen, kami lepak sebentar untuk hisap rokok and pekena hot coffee from vending machine. Nak bagi hilang sejuk punya pasal, sampai kemik tin coffee tu kami genggam sebab tin tu panas.

DSC_0440 DSC_0441 Sampai pagi tu, daripada Kansai International kami naek bus ke Osaka – Hotel kami di Osaka Hankyu New Annex (panjangnya nama), letak barang kejap dan terus ke destinasi kami ke Daihatsu Motor Corporation (DMC) Plant yang terletak di Ikeda. Rata rata orang kat Jepun ni memang mengoptimakan public transport bus dan train untuk ke mana mana. Sebelum ni saya setakat mendengar tapi sekarang baru saya dapat saksikan betapa effesiennya public transport depa. Depan mata saya, ribuan rakyat Jepun membanjiri tiap stesen keretapi yang kami singgah untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dan satu lagi markah tambahan saya berikan – tiap dari mereka paham mereka mesti beratur sebelum masuk ke dalam train dan memberikan ruang pada orang yang nak keluar once train dah berhenti. Bilalah kita nak jadi macam depa ni ? Hmmm.

Selama 2 hari saya dan kawan kawan berada di Tanah Jepun ni banyak mende yang saya pelajari daripada pemerhatian saya. Banyak lagi benda or cara depa buat kerja yang kita boleh contohi dari depa. Di bawah ini saya sertakan beberapa gambar yang saya amek sepanjang stay saya kat Osaka dan Kobe😉 Kebanyakan gambar adalah gambar kawan kawan hihi ( nasib photog selalunya gambar depa takde) hahaha dan jugak saya jugak layan street fotography selagi boleh sepanjang saya berjalan dengan kawan kawan. Saya suka merakamkan aksi kawan kawan sepanjang depa dok berjalan – reaksi muka, respons pada menda menda baru yang depa jumpa oleh itu amatlah sedikit sekali gambar gambar yang depa posing😉

Enjoy !

DSC_0025Semacam automatik depa ni , kebanyakan daripada passanger mempunyai kuasa mistik untuk tido sebaik sahaja bontot cecah seat tempat duduk dan bangun seketika sebelum train sampai ke destinasi. Kalau lah saya yang tido, rasanya lena terus sampai ke stesen komuter Rawang kot hahaha. DSC_0024

osaka1

Taufik sedang melawan kesejukan dan diatas tu adalah bentuk tiket yg sangat cute ( tapi mudah hilang/cicir) yang dibeli. Ada pakai tiket, ada leh pakai macam prepaid card pun ada. Pilihan di tangan anda.

DSC_0499 Dimana manapun kita dapat tengok Japanese guna train – kadang kadang saya rasa saya dikelilingi hampir beribu orang tapi yang bestnya tak rasa sesak sangat- kerana tiap kali naik / turun dari train otomatically semua orang beratur ! Lancar flownya tak lah bersesak sesak sangat macam komuter kita.

DSC_0625 Tidak pernah lewat walaupun seminit.

DSC_0628 osaka31 Kekadang macam sardin coach train tu. Sampai tertolak keluar seb baik tak terpelanting keluar. Dan saya juga diberitahu bahawa tidak dibenarkan untuk guna mobile phone pada gerabak pertama dan terakhir train itu atas sebab sebab keselamatan. Akan ada konduktor check dari masa ke semasa untuk jamin penguatkuasaan undang undang ni.

osaka32 Si Shahrin pernah menuntut di Jepun dahulu. Dia banyak tolong kami kalo tak memang dah sesat ntah kemana mana sebab semua kami yang lain tahap buta huruf dan lansung tak reti cakap Jepun. Macam orang Jepun – dia tidak suka membuang masa dalam train – baca apa yang patut.

DSC_0227 Candid kebetulan – bila saya review semula gambar ni baru saya dapat tahu bahawa lelaki dalam ‘moving train’ itu juga sedang membaca sama seperti orang yang sedang menunggu di platform ni.

DSC_0582 osaka28osaka8 Untuk entry kali ini – saya hanya dapat kongsi gambar gambar sekitar kat stesen keretapi depa saja. Personally, saya sangat lah tertarik tengok depa punya gelagat di stesen – cara macam mana depa optimumkan masa menunggu, cara macam mana depa dapat disiplin masa menunggu sambil beratur, cara macam mana depa sebegitu punctual masa.;)

Ada lagi entry lain – gambar sangatlah banyak – maybe 3-4 entry baru habes kot hahaha.

Hingga jumpa lagi ya😉

Cheers ! ;_

4 responses

  1. sunnivawerkland

    Pictures are great as always, loving the urban feeling🙂 Thumbs up!!

    April 4, 2011 at 13:42

    • tq for dropping by sunny !
      still have a long way to go😉

      April 4, 2011 at 13:45

  2. superb photo..membuatkan saya semakin jeles dengan keupayaan anda..:P

    April 5, 2011 at 08:25

    • terima kasih kerana datang melawat nakia – banyak lagi mamu nak kena belajaq ni ..

      April 5, 2011 at 09:35

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s