Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Book and Breakfast

Salam.

Semua orang tahu betapa penting nya breakfast😉

Tetapi yang lebih penting, semua orang mesti tahu apa dia ‘breakfast yang sehat’. Kalau pagi pagi tu macam macam yang orang makan untuk breakfast – daripada cereals , nasik lemak lauk ayam masak merah, soto ayam, lotong , roti canai, murtabak, dan tidak ketinggalan nasik kandaq kalau kat Penang. Dulu masa saya kecik kecik kat Penang, seingat saya seawal umur 6 tahun lepas dari balik belajar mengaji quran di rumah Pak Hamid, saya akan singgah ke Kedai Aboo di tepi jalan berhampiran dengan rumah nenek saya untuk meng’order’ kan nasik kandaq yang terbaek di dunia tu.

Ordernya simple sahaja : “ Mamak, nasik 4 kupang, teloq sebelah, daging satu- kuah banyak tau – kuah daging hitam tu kasi esktra lebeh sikit!”

Total masa tu baru Rm1.40. Murah gile.

Bayangkan, hari hari makan nasik kandar as breakfast. Pastu tengah hari makan nasik lagi plak tu. Tapi wonder why masa tu badan kurus sekeping je. Even berat saya masa 7 tahun Darjah 1 tu pun baru 19 kilogram !

Sehingga lah saya ke asrama masa umur 13 tahun. Hari hari teringat nasik kandaq. Asal cuti je, mesti repeat hari hari sampai lah masuk asrama balik. Kekadang tu mak saya bawak saya tapau bungkus nasik kandaq masa dia datang melawat saya kat asrama dulu. Therbaek!!

Masuk U pun sama gak. Dari Johor bas gerak malam and selalunya sampai ke Terminal Bus Butterworth kira kira selepas subuh. Turun je bas, jalan kaki 2 kilometer dulu menuju ke rumah nenek saya dan guess what? mestilah saya singgah beli dulu nasik kandaq kat Kedai Aboo tu ! Wallaweey !

Namun bila dah start kerja kat Rawang ni, masa untuk brekpes tu kekadang saya skip. ( sebab selalu lewat dan berebut rebut ke tempat kerja)

Sehinggakan ianya menjadi salah satu punca saya kena appendix dan kena lalu prosedur operation.

So sehinggalah dari situ, saya sentiasa ikut nasihat doktor untuk makan nasik kandaq breakfast hari hari without fail.

Cuma memandangkan umor yang dah menjengah 30 an ni, saya kena lah memilih jenis breakfast yang sehat dan sesuai untuk saya makan. Sebab cepat benar badan naek walaupun saya rasa saya tak kuat makan (ye ke).

Jadi pada hujung minggu seperti ni, saya bangun macam biasa, kalau takde program nak kemana mana selalunya saya hanya lepak di rumah, dengaq lagu sambil baca buku sahaja. Awal pagi dimulakan dengan brekpres yang sehat !

book1 Paling saya suka baca sekarang is Economic Naturalist by Robert H Frank tu. Banyak di jawap soalan soalan harian dengan cara dan jawapan yang kita pun kekadang tak terfikir !

book2combo1  Biskut Famous Amous Chocolate Chip ! Juga ada Milo Panassss !

book4 book7 HoneyStar ! Emping jagong bermadu + Susu Rendah Lemak !

Kenyang la lepas breakfast😉 Alhamdulillah.

(tapi masa teringat nasik kandar kedai Aboo)

hmmmmmm…

Thanks for reading guys !

Cheers😉

5 responses

  1. net

    nasik kandar tersedap di kawasan kota dsara adalah subaidah… SS2 PJ adalah pelita…

    tp saya masih lagi mengidam nak mkn nasik kandar beratur dekat penang….

    dan buku2 yg sgt ilmiah tu menggerun kan….

    gambar2 juga lawa…

    March 13, 2011 at 05:08

    • hahaha
      tq for dropping by
      buku tu takde la ilmiah sangat – hehe
      tapi memandangkan anda dah kata nasik kandar yang tersedap tu letaknya kat kota damansara,
      nampak gaya saya akan jadikan ia satu misi untuk memburunya !
      hehehe
      (tq for da info! )

      March 13, 2011 at 05:38

  2. khairil

    Hg kena blk cari nasik kandaq dpn penjara png… Tp dia start awai… Pkl 0530 pg dh start… Lauk x byk choice… Tp bla kena konpom susah nk bwk keta… Serupa bubuh gxxjx…

    March 14, 2011 at 15:39

    • uih
      ni nak kena chari ni
      nak kena masuk senarai selama ni aku tak tau :
      Top list aku (tak mengikut turutan)
      1. Nasik Kandar Aboo (Bagan Dalam)
      2. Nasik Kandar Flat Kampung Melayu ( Air Itam)
      3. Nasik Kandar Merlin ( Penang Street)
      4. Line Clear (Penang Road)
      5. Hameediah

      peeeh. Menitik ayaq lioq kat keyboard ni sambil type !
      hahaha.

      March 15, 2011 at 00:14

  3. khairil

    Tp nan terbaek semestinyer kt kapitan kt chulia st… Dia punyer ayam tandoori peehhh….

    March 18, 2011 at 15:03

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s