Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Memories of Cherating 2011 ( Part Two !)

Salam kawan kawan..

Seperti yang saya war warkan dalam previous entry – kali ni saya nak tulis and kongsi plak dengan kawan kawan pasal satu lagi keistimewaan yang ada kat Cherating.

Selalunya kalau saya tanya kawan kawan saya apa yang best kat Cherating, mostly depa akan kata  ;
”Apa lagi mamu , hang pi terjun la kat pantai dia" ataupun..

“Mamu, hang kena jaga2 – bila pantai tu kibaq bendera merah hang jangan dok gatai gatai pi mandi- satgi lemas”

“Mamu – ombak dia besaqq wooooooooooo”

“Mamu hang kalo balik dari Cherating sure rentung kena sunburn punya lah !”

Hehehe… tu antara sebahagian dari komentar kawan kawan saya.

Namun, pada hari kedua kami berada di The Legend Resort tu, kami pun start mengushar ushar aktiviti2 lain yang boleh dilakukan selain dari mengangkat teman hidup saya dan melemparkan dia beberapa kali di dalam laut sambil berkejaran (tapi tak jauh sebab semput).

Borak borak dengan Pool Guard kat situ maka dia mengeshorkan kami pergi ke Mangrove Cruise Adventure. Kiranya macam naek bot meneroka kawasan hutan paya bakau kat Sungai Cherating. Jadi pada petang tu dalam pukul 4pm kami pun bergerak ke Cherating Lama.

Pantai Cherating Lama ni ada lagi banyak chalet dan resort yang bertempiaran – menanti kunjungan anda semua suatu hari nanti. Ada jugak Kompleks Budaya dan gerai gerai untuk kita test skill melukis batek , malahan cyber cafe pun ada. Mat Saleh banyak kat situ berjalan jalan berkaki ayam dan tak berbaju ( lelaki ) ;p

Jadi, kami pergi ke Hafiz Enterprise. Senang je nak cari tempat dia – betul betul kat tepi jalan.

Setelah mendaftar dan memakai jacket keselamatan – maka kami beserta dengan 5-6 orang pelancong tempatan lain (salah seorang nya adalah seorang makcik yang berkebolehan bercakap English slang Kedah) hehe pun memulakan kami punya perjalanan kat situ .

Enjoy the pics :

c48

c28  c29 Mamu dengan ekspressi hero pujaaan hatinya : SIVAJI the BOSS

combi11

Cuba la bayangkan – menda yang paling saya best sekali ialah LANSUNG TAKDE SAMPAH SARAP kat Sungai Cherating ni !

Suci!

Seolah olah cenggitu jugak la keadaannya sepanjang 100-200 tahun lepas. Sungguh tenang.

c32 Terkejut aku – ada gak tetiba orang keluar dari celah celah semak tu sambil menalipon ! Tak semena mena hahaha.

combi13 Masa menyusuri sungai dengan perahu ni – airnya sangat sangat tenang. Saya berusaha untuk melupakan kata kata orang tua zaman dulu “Air yang tenang jangan disangka tiada buaya’”

Guide kami banyak bercerita, berceloteh dan banyak kasi penerangan tentang semua mende yang ada dalam hutan bakau tu. Kat atas tu dia sedang menunjukkan kat kami cemana nak bezakan ketam jantan and ketam betina dan apa umpan yang kita nak kena letak .

c36 c42 Tu dia – Ulaq katam tebu !!!! Antara lain lain menatang yang kami tengok ialah beberapa ekor ular sawa dok melepak atas pokok, biawak, burung burung , beruk kera dan lain lain.

combi12 My feberet picture sebab air dia sangat tenang sampai leh nampak clear reflection pokok pokok yang ada kat situ. Sungguh clear, chantek dan menawan !

c45 c43 c44 Setelah meronda, kami pun kembali ke tempat Hafiz dan dihidangkan dengan buah nipah dan air sirap ! wow !

c47 Gambar Buah Nipah – backgroud dia adalah rumah2 penduduk tempatan kat tepi sungai tu.

Kami melepak sebentar sambil bersembang sembang dengan Hafiz. Rupanya dia ni memang passionate gile pasal Kelip kelip. Minat punya pasal, dia buat beberapa kajian yang melibatkan beberapa professor dari luar negara pasal kelip kelip ni.

c46 Lepas berborak borak dengan Hafiz, kami dapat tahu jugak pada malam hari dia ada mengadakan special tour untuk melihat kelip-kelip ! Sorang rm15 je jadi pada pukul 8 malam tu kami pun return balik ke situ untuk acara ushar kelip kelip dalam habitat orinye.

c49 Yang menariknya pasal Kelip kelip tour ni, sebelum kami turun ke sungai untuk ushar kelip kelip, kami diberi special briefing dulu oleh Hafiz selama 15 minit lebeykurang.

c50 Banyak gile mende yang kami pelajari pasal Kelip Kelip ni. Dia punya life cycle, habitat, perangai, jenis, how to bezakan jantan and betina dan banyak lagi la. Pendek kata memang best!

So lepas briefing, kami pun dibawa menaiki bot untuk tengok kelip kelip tu. Gelap gelita segelap gelap nya! Setelah menyusur sungai lebih kurang 5-10 minit – baru kami dapat tengok kelip kelip pertama kami.

Masa ni saya rasa useless je bawak camera, memang tak nampak apa sebab gelap gelita. Lagipun kami tak digalakkan untuk mengambil gambar sebab dikuatiri akan men’saiko’ dan menganggu kelip kelip tu.

OK. The best part : Saya tak sure macam mana nak ceritakan, tapi si Hafiz ni ada satu kaedah  ( dia kata dia pun tak sengaja terjumpa kaedah ni) UNTUK MEMANGGIL KELIP KELIP YANG RIBU RIBU TU UNTUK DATANG MENGERUMUNI KITA MASA KITA ATAS BOT ! Memang semua kelip kelip tu datang melepak atas tapak tangan kita, kepala , dahi , badan dan atas bot tu.

Tak dapat nak cerita dengan kata kata + gambar pun perasaannya dikerumuni oleh ribuan kelip kelip atas bot tu ! sungguh magis saat tu.

Saya tak sure macam mana keadaan tour kelip kelip di tempat lain di Malaysia – tapi di Sungai Cherating ni is really really something fantastik!

Subhanallah.

Kawan kawan – korang patut try it !

😉

Thanks kerana sudi membaca blog saya.

p/s  : Try it !

Cheers😉

4 responses

  1. Menarik sgt pasal kelip2 nih! Sure romantik!!

    March 8, 2011 at 16:43

    • zalina
      memang tak tergambar dengan gambar n katakata pengalaman kami dihurungi ribuan kelip kelip tu.
      Bawak ambry n family pi sana
      memang berbaloi2 (sambil bergema)

      March 9, 2011 at 00:17

  2. Rasa cam nak pergi je…nak jugak rasa perasaan magical dikerumuni kelip-kelip…sy imagine macam dlm TV ade satu cerita tu…

    antara 1:25 sampai hujung…haha..camtu ke rasanya?🙂

    March 9, 2011 at 01:05

    • yaaa adzrul
      macam tu la keadaannya sebijik
      cuma masa tu kita akan ada atas bot
      hehe
      try it for urself bro!
      kalau kat kuala selangor ada jugak kelip kelip
      tapi saya tak if condition dia sama cam kat cherating or not

      March 9, 2011 at 06:13

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s