Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Seharian di Cameron Highlands

Salam semua, jumpa lagi kita

Sebenarnya sudah sangat lama merancang untuk melawat ke Cameron Highland ni. Sangat lama. Malahan pada 2 tahun lepas sewaktu cuti Chinese New Year, saya dan wife saya terpaksa mengecewakan diri sendiri apabila tidak dapat bermalam di atas sana (dek ramai gile gile orang). Bayangkanlah kami jem almost 3 hours atas tu ! Serik rasanya untuk ulang pengalaman tu lagi.

Namun untuk tahun ni, setelah melakukan beberapa plan awal ( booking awal, survey awal) maka saya, wife saya dan ibu mertua saya bertolak la untuk bercuti di Cameron Highland pada hari Jumaat lepas – selepas Maghrib.

Singgah sebentar di Tanjung Malim untuk pekena Chicken Chop dan Pau Tanjung Malim yang femes di Restoran Yik Mun. Pehhhh. Memang best.

Kami sambung perjalanan untuk ke Bandar Tapah untuk bermalam. Ye la, takkan nak naik ke Cameron tengah tengah malam buta gitu. Tak berani. After searching high and low for hotel di Tapah – namun tiada ketemu –

Rumah Rehat Tapah direkemenkan oleh kawan saya – memang chantek tempat tu, namun, time yang kami pergi tanya memang full house dek ada majlis perkahwinan yang akan diadakan pada keesokan harinya.

Hotel Timuran time tu pulak dah tutup, Hotel Utara pula saya ragui kebersihannya.

Setelah berbinchang, maka decided kami lepak dan lelap dalam kereta saja berhampiran dengan Plaza Tol Tapah sementara menanti Subuh untuk kami teruskan perjalanan naik.

Selepas Subuh – kami start naek – sangat la best sebab jalan ke atas sangat clear. Tiada kereta- tiada jem. Suasana sangat segar – no air cond needed – fresh air gushing in apabila tingkap kereta dibuka sepenuh penuhnya.

Lata Iskandar masih gelap – sunyi dan tiada orang lagi sewaktu kami pass through.

Sampai saja di atas, kami berhenti untuk breakfast dan minum tea (of course!) di Cameron Bharat Tea House. Sampai awal gile gile. Perkerja dia pun baru tengah susun kerusi dan meja hahaha. Setelah menikmati permandangan, kami pun breakfast – ordernya Teh Tarik, Scones, Nasik Lemak dan Blueberry Cheese Cake.

Licin. Dan ibu mertua saya berkata : “ Teh Tarik ni – memang therbaaek dari ladang!!”

Sampai di Tanah Rata – kami comfirmkan booking di Century Pines Resort. Disebabkan maseh awal – saya dan family teruskan untuk explore Cameron. Ntah mengapa nasib kami begitu baek pada minggu tu – memang sangat rileks kat atas tu sebab orang tak ramai🙂

Jadi antara tempat tempat yang kami lawati ialah :

1) Cameron Bharat Tea House

2) Rose Valley – Brinchang – Masuk kena bayar RM4 per person. Sangat banyak lah bunga kat dalam tu !

3) Pasar Malam Brinchang – sangat meriah !!

4) Bee Farm – ni singgah untuk beli madu fresh sahaja.

Pengalaman di Century Pines Resort sangat lah best. If u guys nak try – saya cadangkan amek bilik with garden. Memang sangat cool. Sangat Chantek. Sangat sejuk dan sangat rileks!

So, setelah puas berehat dan berjalan, maka kami pun pulang ke Rawang pada keesokan harinya😉

A very refreshing holiday indeed😉

Maka di bawah ini – saya kongsikan gambar gambar yang disnap :

Enjoy them ! ;

 

combine potrait no 1

cameron 3

combine potrait no 2  combine potrait no 3

combine potrait no 4

cameron 13

combine potrait no 5  combine potrait no 6 combine potrait no 7 cameron 8 combine potrait no 8cameron 20 cameron 21cameron 22 combine potrait no 9cameron 25cameron 26 cameron 27cameron 28combine potrait no 10

 

 

cameron 32

combine potrait no 11Dan lupa plak, mana gambar saya? Tu la jadi photographer – gambar sendiri takdak hahaha. Namun sempat jua wife saya snap gambar saya kat pasar malam Brinchang pakai Iphone dia hahaha ;

cameron 35So guys, itu sahaja yang dapat saya kongsikan bersama dengan kawan kawan😉

Thanks for reading my blog ; )

Cheers !

14 responses

  1. Nasib photographer…asyik ambik gambar org lain sampai gambar sendiri sikit je.🙂

    P/s – dayah nampak berisi skit.

    February 15, 2011 at 04:19

    • hehehe – adzrul, pasal tu la kalau nak gambar photog ada sekali dalam pics – kena outing sama sama photog yang laen hihi.
      dayah berisi ? dia happy tu kot hahahah
      by the way – nice blog u have Dr.! pasni rajin2 update!
      tqvm for dropping by😉

      February 15, 2011 at 04:24

  2. mamu..gambaq nie semua edited ka atau raw?
    guna lens apa?

    February 15, 2011 at 04:56

    • nakia – mamu 70% pakai 50mm f/1.8 saja time tu. Lagi satu mamu bawak mamu punya kit lense 18-105mm tapi jarang jarang pakai – kecuali mamu nak amek gambaq permandangan..

      mamu hanya main main ngan colour tone saja – tiada editing yang heavy – even sharpeness dia pun mamu tak kaco – mamu pakai Adobe Lightroom saja, pastu nak buat layout yang simple mamu pakai CS3😉

      February 15, 2011 at 05:00

  3. memang cantik ah!! Jeles betul…
    gambar cereal tuh memang meletops..sy mmg suka tengok/amik gambar food.

    February 18, 2011 at 16:05

    • tq zarina – memang food photograpy terbaik – try goggle ni ‘gabrielle khai’ dalam blog the sweet light dia – cuba tengok cara dia amek mende mende dalam rumah. be ready to be inspired😉

      February 18, 2011 at 16:51

  4. Yan..dah tengok dah blog tuh..memang cantik! abis la semua benda lam umah nih nanti…akakkak

    February 19, 2011 at 17:12

    • hahahaha sebenarnya mata kita ni tools yang paling penting
      camana kita tengok sesuatu
      tu sebenarnya yang buat gambaq cantek
      teruskan sis!!

      February 20, 2011 at 02:09

  5. khairil

    Salam mamu,
    x sangka 50mm punyer pukulan terbaek camtu.Selalunyer klau mlm hg setting camno nk bg gambaq lawa camtu….rekemon sat sw nk edit mengedit nie….tq mamu…. Gambaq terbaek dr ldg….

    February 21, 2011 at 15:30

    • bro khairil ,
      tu la pasai – aku memang minat sangat dengan 50mm ni
      kalau hang nak refer – hang bukak saja FLICKR hang tengok macam macam gambaq depa amek pakai 50mm tu saja
      kasi inspirasi

      untuk editing, mostly aku pakai adobe lightroom
      aku banyak buat colour adjustment sana sini sikit sebanyak
      macam yang sharpness semua aku tak kacau sangat
      lepas dah siap – aku resize – then aku masukkan dalam template Photoshop CS3
      then resize ( pakai Paint) – taruk watermark
      cam tu saja lah😉

      February 22, 2011 at 00:15

  6. Khairil Anuar

    Tima Kasih sahabat pasai info yg berguna ni…
    p/s:dh lama x p cameron…tgk gambaq tu..terasa mcm memanggil-manggil….

    February 23, 2011 at 03:58

    • sama sama bro😉
      pi cameron tu jangan tak pi hehe

      February 23, 2011 at 04:24

  7. Cantiknye gambar…………..
    sangat sangat sangat cantikkk…

    sape cameraman ni??

    January 9, 2012 at 16:23

    • salam aine , thanks for dropping by🙂 most gambar diamek oleh saya (pasai tu takde dalam gambar haha) and some by my wife🙂 Cameron Highland memang cantik – nasib kami baik hari tu kami pi waktu bukan peak holiday so alhamdulilah mmg tenang n very enjoy!

      January 10, 2012 at 01:10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s