Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Layan Street Photography @ Jalan Masjid India & Jalan TAR

Salam semua.

Jumpa lagi kita😉

My recent post membawa anda semua untuk berkongsi cerita dan gambar saya membawa family saya untuk berjalan jalan memborong kain ela dan brooch tudung yang cun dan murah di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan TAR.

Masa saya pergi hari tu, lense yang saya bawa hanya 2.

1) 50mm f/1.8

2) 18mm-105mm f/3.5~f/5.6 . Itu sahaja.

Sepanjang perjalanan saya di dunia fotografi ni, memang Street Photography adalah merupakan salah satu daripada subjek yang sangat sangat menarik perhatian saya.

Kerna bagi saya, street foto sememangnya melambangkan ketulenan realiti sesuatu gambar yang diambil. Secara candid dan penuh rawak, tanpa dirancang dan suratan kebetulan – kombinasi kombinasi ‘ketidaktentuan’ ini selalunya menghadirkan gambar gambar yang bombastik dan ikhlas dan pure.

Dan lagi satu (tolong betulkan saya if  saya tersalah) – kebanyakan daripada gambar street foto yang saya tengok adalah dalam Black & White (B&W). Mostly.

Saya memang tak tahu cemana kaedahnya untuk mengambil gambar street foto. Memang actually sebelum saya jejak kaki kat Jalan Masjid India dan Jalan TAR bersama family saya pun tidak membuat apa apa study / preparation untuk street foto.

Lense yang saya bawak memang lah sangat limited kadar zoomnya membuatkan terkadang tu rasanya sangat kekok untuk menala camera ke arah orang yang sedang lalu lalang kat situ. Kebanyakan daripada shot yang saya buat, hanyalah saya letakkan camera di bawah dan berharap dengan nasib dengan membuat bertubi tubi ‘blind shot’ sesambil saya sedang melalu subjek yang saya kira menarik.

Namun, apakah sebenarnya setting yang perlu digunakan – selama ini saya sudah terlalu biasa untuk menggunakan mode manual – dan kalau mode manual untuk street shoots, adakah ianya sesuai – setakat ni saya pun tak tahu lagi. Dapatkah jari jemari ini boleh catch up mengejas shutter speed & aperture sementara moment moment yang best sedang berlansung di depan mata ? Atau adakah waktu ini sewajarnya saya shoot pakai Aperture / Shutter Priority? Banyak soalan. Namun saya akan cuba untuk menjawabnya nanti.

Jadi, di sebalik semua kekurangan ilmu dan hardware ini saya persembahkan beberapa keping gambar yang berkonsepkan Street Foto yang saya ambil sepanjang saya dok melepak kat Jalan Masjid India & Jalan TAR lepas :

Jalan Masjid India

The phone call

The looooongggg wait

Hotel Noble

Tudung design baru - panas dari pakistan !

The Walker

Terlazat - hanya dari Mami's Kitchen

Bubble Bubble

My Street My Life

Built them more

The Tower

There.

Itu sahaja percubaan pertama daripada saya untuk Street Fotography.

Dah la tak stadi langsung sebelum start.

Pasni nak try follow plak any otai untuk Street Shooting🙂

Yeah!

Thanks again guys for reading my blog😉

Cheers

12 responses

  1. yusri

    nice series bro… bila nak buat street photography kat penang plak…

    February 10, 2011 at 15:17

    • tq for dropping by bro😉

      street photo kat penang salah satu project wajib huhu
      cuma sekarang masa tak mengizinkan lagi-
      nanti insyaAllah akan buat jugak
      cuma berharap perhatian tidak dipesongkan oleh bau nasik kandaqqqqq hoho

      February 10, 2011 at 23:53

  2. nice photoblog.. gambar2 menarikk.. keep it up

    February 10, 2011 at 17:35

    • salam en_me,
      terima kasih sebab sudi singgah melawat🙂
      salam perkenalan – semoga perkenalan dapat bagi manfaat pada kita dalam bidang yg kita sama sama minat ni;)

      February 10, 2011 at 23:55

  3. khairil

    Lawa gambaq bro…terbaek dr ladang nie…

    February 11, 2011 at 05:18

    • terima kasih kairil😉

      February 11, 2011 at 07:04

  4. tak study dah cantek..apatah lagi kalau dah study…

    February 11, 2011 at 14:47

    • tq nakia – banyak gila gila nak kena belajaq ni huhu.. tq sbb drop by reading😉

      February 14, 2011 at 23:42

  5. khairil

    Salam bro,
    Quality gambaq camni hg pkai lens apa…,bkn apa la ni dok tgh pikiaq nk sambaq 50mm punyer lens… Tu yg dok tanya…. Hehrhehe….

    February 24, 2011 at 11:47

    • bro khairil , sesungguhnya kalau hang sambaq 50mm mamu gerenti hang tak menyesainya bro – betoi! memang ‘mari’ lense ni

      February 24, 2011 at 11:56

  6. khairil

    Hahaha… Mamu sudah kasi racun… Ini kira hasil pukulan 50mm ka…?

    March 4, 2011 at 15:43

    • yaaa khairil – ni pukulan 50mm – apa lagi tunggu bro ! hehe

      March 6, 2011 at 12:15

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s