Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Lawatan ke I-City : City of Light

Salam semua ,

Jumpa lagi kita🙂

So sempena Chinese New Year tahun ini, memandangkan saya tak balik ke Penang untuk bercuti , maka sepanjang awal minggu saya dah berkira kira dan membuat plan macam mana nak setelkan cuti ni dengan sesuatu yang boleh menge’test’kan ilmu dunia foto yang saya pelajari selama ni.

Actually memang dah lama dah dengar pasal tempat bercahaya ni – since dari tahun lepas – masa tu depa buat Pertandingan Fotografi kat situ. Jadi memandangkan wife saya pun cuti pada hari tu, kami decide untuk gerak ke sana untuk bergambar. Pada masa yang sama, saya sempat mengajak kawan lama saya ( memang lama – dah 16 tahun tak jumpa) – Saiful Azri untuk sama sama pi shooting kat sana.

Sampai di sana jam 6, kami antara orang yang paling awal sampai sana – terlalu awal sampai tahap tak perlu lagi bayar untuk masuk parking – parking free sahaja betul betul depan padang yang ada banyak lampu tu.

Lepak sementara di kedai kopi sementara menunggu hari gelap, maka kawan saya Saiful Azri pun sampai – lepak bersembang sambil pekena samosa goring yang lazat. Maklumlah dah 16 tahun tak jumpa, banyak la cerita yang dikongsi – most of the stories berkisar tentang perkembangan kawan kawan satu sekolah dulu.

So, this is the several pictures yang diambil pada malam tu :-

Jadi itu antara banyak banyak gambar yang diambil masa kami pi outing ke I City tu. M

Sebenarnya ada banyaaaaaaak lagi bende untuk di ambek gambar – tetapi disebabkan kami datang terlalu awal ( sampai tahap tak payah bayar tiket lagi) , ada beberapa tempat yang kami tak dapat nak masuk – sebab nak masuk tu kena tunjukkan kita punya tiket metro parking tu .

Ada lagi banyak mende menarik – konsert , kedai kedai yang menjual macam macam chenderamata – pusat permainan family – tempat ice (ni rugi tak pi hari tu) – yang membuatkan saya berkira kira untuk datang repeat lagi sekali untuk fotografi.

Lagipun , semasa outing ni – saya terlalu asyik dok buat eksperimen pasal lampu . Kekadang jadi, kekadang tu tak jadi hahaha.

Cuba tengok contoh di bawah. Secara kebiasaanya, if nak amek gambar pokok berkaler bercahaya tu, orang akan amek macam ni :

Namun , saya ingin melihat luar dari kebiasaan . Maka cenggini lah pulak yang saya amek :

Disebabkan terlalu lama dok spend masa dok buat eksperimen, sedar tak sedar time tu dah almost pukul 10. Orang pulak makin ramai mencurah curah masuk ke I City.

So,  sebelum bersalaman dengan kawan saya, maka ni la gambar kami after 16 years :

Hahaha.

Lepas ni, InsyaAllah more outing akan menyusul. (dan return to I city dalam list lah)

Ok, thanks for reading my blog again🙂

8 responses

  1. khairil

    Salam bro…
    Lawa gambaq yg di shoot tu… Cuma nk tanya sat… Setting apa kita nk pkai nk bg subject kita shoot timbui pastu blkg dia kasi blur…
    Satu lg… Outdoor shoot selalu kita kena setting iso brapa ngan aperture…. Tima kasih….

    February 6, 2011 at 01:44

    • salam khairil – terima kasih sebab sudi singgah di blog saya😉

      semasa kat situ – most shoots yang saya buat hanya pakai 50mm f/1.8 lense.
      Fast lense – big aperture – jadi kita dapat amek gambaq walaupun suasana makin ke gelap.
      Jadi untuk setting potrait saya hari tu – saya mostly pakai f2 ~ f2.8 utk kasi subject timbol dan background blur.

      shooting outdoor bergantung pada masa bila kita nak amek gambar bro
      rules yang saya guna : Outdoor (siang) = ISO200~ISO400 , then if outdoor (malam) : ISO800-ISO1600
      Dan if sangat gelap – saya tidak akan pergi lebih dari ISO1600 sebab itu kemampuan maksima D90 saya.
      If saya go further – maka ‘noise’ akan menjelma.

      Kalau keadaan memerlukan – saya akan guna flash gun saya sahaja – tapi ni pun sedang dok prektis lagi😉
      harap dapat membantu bro khairul🙂

      February 6, 2011 at 11:17

  2. I’ve never been to I-City before. Selalu pass Shah Alam nak pegi lawat family kakak & sedara, but can see the glowing trees from the junction to Padang jawa from federal highway. 😛

    Great views and amazing shots!😀

    February 6, 2011 at 02:58

    • tq hakim for visiting my blog =)

      yup – the atmosphere there was phenomenal! but tak sempat nak pi tengok semua tempat / point of interest – shall return there again – tq bro😉

      February 6, 2011 at 11:09

  3. khairil

    Salam Fazriani,
    Tima kasih ataih info yg diberi…So semua shoot ni pkai prime lens 50mm..? Menarik… Tp mmg sy dpt info ramai yg puji lens jenis ni baguih… Tp kira2 sblh sana byk gak depa dok organize class utk photoshot kan… Salam perkenalan…Bkn apa sy ni bdk br blajaq…

    February 8, 2011 at 14:11

    • salam khairil – salam perkenalan jugak😉

      tak semua shoot saya pakai 50mm. Lagi satu lense yang saya bawak ni is standard kit lense 18-105mm nikkor VR – zoom lense

      yap bro – 50mm ni memang baguih😉
      saya suka guna sebab :
      1) ringan gile – senang bawak kemana mana – senang la kalo nak gantung kat tengkok time kita jenjalan hehe
      2) fast lense – f/1.8 memang cukup bro nak amek low light
      3) murah dan berbaloi : dengan harga rm350 ~ rm400. but if ada duit 50mm f/1.4 ada gak -tapi memang mahal le sikit
      4) disebabkan kita takleh nak zoom, jadi 50mm akan memaksa kita menjadi lebey creatif untuk cari angle, lihat mende dengan perspektif baru =)

      sempoi bro😉

      February 8, 2011 at 15:24

  4. khairil

    Ini klau ada rezeki p sana blh singgah p main cahaya…terbaek dr ldg ni….

    February 24, 2011 at 11:53

    • bro khairil
      ni memang antara lokasi wajib ni hehehe

      February 24, 2011 at 11:56

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s