Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Strawberry Farm : Gohtong Jaya dan Awana Genting

Salam and good mornin’

Last Tuesday saya tergerak hati untuk membeli majalah LIBUR semasa singgah di salah sebuah kedai runcit di Bukit Beruntung. Untuk isu bulan ni, malah LIBUR banyak focus tentang negeri Selangor. Dan salah satu tempat yang di-war-warkan dalam isu bulan ini adalah Strawberry Farm di Gohtong Jaya.

Actually , kalau dilihat dari parking rumah saya di ni, memang dapat lihat dengan jelas akan Genting Higland. Rasa macam sangat dekat je. Kekadang kalau perhati betul betul, kalau cuaca clear tanpa kabus, memang boleh nampak barisan tingkap kat Genting First World Hotel tu. Jadi pada hari Sabtu lepas (18 December 2010), maka saya pun mengajak wife saya untuk tengok apa yang menarik sangat kat Strawberry Park tu.

Untuk jalan yang lebih dekat dari tempat tinggal kami, maka kami terus ke Pekan Batangkali untuk naik ke Genting. Untuk mereka yang duduk di area Hulu Selangor, jalan ni memang kerapkali digunakan. Sebab memang sangat dekat. Terus sampai di Stesen Kereta Kabel. Sepanjang melalui jalan ni, kami melalui beberapa tempat perkelahan yang best – Sungai Pinang antaranya. Jalan tidak sangat curam, dan tidak terlalu bengkang bengkok. Beberapa aktiviti penambahbaikan jalan juga turut dilakukan pada waktu kami lalu.

Cuaca sangat best ketika kami mulakan perjalanan, dan kami sampai di Strawberry Farm dalam pukul 1.00 pm. Sangatlah senangnak cari Strawberry Farm ni. Cari je Hotel Seri Malaysia kat Gohtong, follow sahaja signboard dekat roundabout Gohtong tu. Strawberry Farm  terletak betul betul depan Gohtong Sport Center.

Picture #1

DSC_0063

Yuran masuk : Free. Tak perlu bayar. Cuma if inginkan pengalaman untuk memetik Strawberry sendiri, dalam area tu memang terdapat banyak pokok pokok strawberry yang berbuah untuk dipetik. Cuma bayar dan akan diberikan gunting dan bakul – maka merayau lah dalam tu untuk dapatkan strawbery.

DSC_0045

DSC_0043

DSC_0046

DSC_0019

Dalam kita sedang berjalan jalan, kalau nak minum2 and makan2, boleh singgah ke Strawberry Café yang ada dalam area tu. Nama pun dah Strawberry Farm, dah tentulah semua makanan and minuman dalam tu bertemakan strawberry. Saya pekena Strawberry Tea. Wangi. Niat di hati nak makan Strawberry Chocolate Dip tu, but bila tengok harga dia – Uih. Agak mahal – satu cucuk yang ada 4 bijik Strawberry RM6.50. Kalau 4 cucuk RM18. Saya pernah makan Strawberry Chocolate Dip di sewaktu jalan jalan kat The Curve, dan saya rasa harganya tak semahal ni.

CSC_0030

DSC_0036

Summary untuk Strawberry Café ni : Takdelah sedap sangat makanan dia. No WOW factor. Cukup sekadar untuk menghilangkan lapar dan dahaga je.

DSC_0072

Selain daripada buah buahan strawberry yang berlambak lambak kat situ, ada juga Flower Farm dan Mushroom Farm kat situ. Bila kita makin meneroka masuk , rupanya terdapat sangat banyak gerai kat dalam tu yang menjual bermacam macam barangan – (termasuk yang tiada kaitan dengan buah strawberry) pun ada dalam tu.

DSC_0067

DSC_0076

DSC_0078

DSC_0089

Terdapat macam macam barangan dijual di situ. Jadi kepada yang nak bawak anak anak pi berjalan sempena cuti hujung minggu dan cuti sekolah, kat sini tempat yang sesuai.

Selepas puas berjalan, saya pun mengambil kesempatan persekitaran yang hijau, sejuk dan berkabus tu untuk membuat beberapa cobaan shoot Landscape Portraiture hihi.

DSC_0094

Nasib baik kereta takde heheh.

DSC_0117

DSC_0169

Selepas ronda ronda di Strawberry Farm, kami pergi ke Awana Genting untuk lunch dan mengambil beberapa gambar. Suasana sangat berkabus dan sejuk. Dan segar, bau rumput baru dipotong.

DSC_0204

DSC_0215

DSC_0219

Okeh. Begitulah sedikit sebanyak gambar gambar yang diambil sepanjang perjalanan kami ke Gohtong. Tak naik pun kat Genting Highland sebab dah berbondong bondong bas dan berzilion kereta ada kat Stesen Kereta Kabel menunggu turn. Maklumlah sekarang kan musim cuti sekolah. Maybe later.

Terima kasih kerana sudi membaca !

Jumpa lagi .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s