Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Candid Portrait : Kids @ Kenduri

Salam. Jumpa lagi.

Beberapa bulan lepas saya diminta oleh kawan saya untuk membantunya mengambil beberapa keping gambar semasa kenduri kahwin adik iparnya.

Jadi, dengan berbekalkan camera dan lense yang dipinjam dari beberapa orang kawan, ditambah pula oleh ilmu yang seciput di dada, saya pun menolong kawan kawan saya untuk mengambil beberapa gambar untuk diabadikan oleh raja dan ratu sehari sebagai sebahagian daripada memori abadi mereka.

Beberapa perkara yang saya belajar (in the hardway of course)

  1. Memang tak berupaya saya untuk membuat shot indoor yang gelap tanpa bantuan flash. (saya masih belum mengerti dan belajar ilmu Shooting in Avalaible Light pada waktu itu)
  2. Banyak moment menarik yang terlepas untuk diabadikan dalam camera kerana saya terlalu sibuk untuk buat TRIAL AND ERROR – kerana most of the time saya shoot dalam APERTURE PRIORITY – jadi terpaksa ambil gambar berulang kali kerana kekadang overexposed dan underexposed.
  3. Baru saya paham kenapa beberapa photog otai membawa lebih dari satu camera bersama depa dalam satu2 function – kerana depa tak perlu bazir masa untuk tukar lense!!
  4. Setting pada saiz image sangat super penting – kesalahan yang saya lakukan – setting saya pada 72dpi sedangkan untuk membuat photobook, saiz yang disyorkan ialah minima 300dpi (saya tanya kat HQ PhotoBook Malaysia mengenai setting ni)
  5. Terlalu banyak saya bergantung pada software – ADOBE PHOTOSHOP ELEMENTS dan PICASA 3 untuk membantu mengejas gambar yang salah diambil secara tekniknya.

Itu baru 5 pelajaran bernilai yang saya dapat.

By the way, seperti yang tajuk posting ni berbunyi, saya ingin share beberapa keping gambar yang tak sebeberapa yang diambil semasa kenduri tersebut : Main Focus : Gambar bebudak. Kenapa : Kerana mereka sangat ikhlas dan genuine dalam bergaya hahahaha.

Picture #1

IMG_7519

Ulasan : Budak ni sangat lah comel dan bersabar menunggu ayahnya bersembang dengan kawan kawannya dalam kenduri. Kejap ke sini. Kejap ke sana. Kejap bersandar kat bahu ayahnya. Dan beberapa ketika selepas itu dia mendapat beberapa kawan baru kat kenduri. Betapa ‘pure’nya hati kanak kanak.Mereka berkawan tanpa sebarang perasaan prejudis, tiada kebencian.

Picture #2

IMG_7968

Ulasan : Budak paling smart dalam kenduri. Pakai baju macam nak pi interview =)

Picture #3

IMG_8166

Ulasan : Rasanya, dia tak makan nasik kenduri hari tu. Tiap kali saya pandang dia, masa tu sentiasa ada lolipop dalam mulut dia.

Picture #4

IMG_8213

Ulasan : Hahaha. Budak ni asal orang jumpa dia, mesti nak cubit pipi dia. Tiap kali orang cubit pipi dia, mesti dia macam terkejut kejut. Balik rumah pipi lebam agaknya.

Picture #5

IMG_8489

Ulasan : Flower girl ini sanggup tak makan, janji dapat pintal rambut kakak sorang ni..

Picture #6

IMG_8523

Ulasan : Masa pengantin ngah potong kek, mata budak ni bersinar sinar (serius). Dan tersengih sengih. Adakah dia sedang membayangkan masa depannya sebagai pengantin ???

Last Picture #7

IMG_8505

Ulasan : Saya bertanya pada tuan rumah kenapa anak kawan saya ini menangis sambil menarik tangganya. Katanya : Dia ajak pakcik pi kedai beli jajan. Hihi.

Ok, sekadar itu sahaja yang ingin saya kongsi pada kali ini.

Jumpa lagi ya! =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s