Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Landscape ( Sebelum kelas)

Salam, jumpa lagi.

Hari sabtu baru baru ni saya terasa sangat boring tahap gaban. Jadi, apabila boring, jari jemari saya akan bertambah gatal untuk menekan butang shutter. Tapi apa yang hendak dijadikan subjek ?

Sebelum itu, selepas breakfast saya membaca majalah PHOTOGRAPHY MONTHLY ( isu September 2010) mengenai salah seorang daripada LANDSCAPE fotographer yang terulung di dunia. Beliau diberi nama MICHAEL KENNA  .Boleh refer hasil kerja beliau di SINI

MICHAEL KENNA  hasil kerja nya memang dipamerkan di merata dunia. Antaranya di Victoria & Albert Museum (London), New York , San Francisco Museum of Modern Art dll. Ada gak otai ni buat commercial shots dengan BMW dan ADIDAS. Terdapat banyak lagi master yang terer dalam area Landscape Fotography ni, namun keistimewaan MICHAEL adalah kebanyakan daripada karyanya adalah dalam BLACK and WHITE. Dan lagi satu, otai ini still shooting in FILM !

Wah.  Maka saya mendapat inspirasi tentang apa yang saya nak buat pada hari ini. LANDSCAPE PHOTOGRAPHY !!!

Jadi, disebabkan saya tidak mempunyai kelas pada hari Sabtu, I grabbed my D90 and Tripod dan terus keluar rumah. Tapi, masa saya keluar rumah , even dah masuk ke Highway pun, saya tak tahu mana nak pergi. Hahaha. Kat mana kah dalam area 100km radius ni saya leh dapatkan gambar landscape yang menarik? Lalu saya teringat dalam 5-6 tahun lepas saya pernah pergi melawat adik ipar saya di Kuala Kelawang. Jalan menuju ke sana daripada Ampang walaupun sunyi tapi potensi untuk beberapa gambar landscape ada disebabkan kawasan berbukit dan melalui beberapa tasik yang cantik. Lagipun, ia juga lalu AMPANG LOOK OUT POINT.

image

Nota : Peta di atas daripada http://www.vkeong.com

Untuk keterangan lanjut mengenai AMPANG LOOK OUT POINT , anda semua boleh GOOGLE dan tengok kat http://www.vkeong.com/2009/food-drink/bread-and-olive-ampang-look-out-point-jalan-ampang-hulu-langat/

Jadi, perancangan saya ialah untuk pergi dahulu ke arah Kuala Kelawang ( ambil gambar landscape tasik ) dan patah balik to Ampang Look Out Point untuk ambil Night Landscape Bandaraya KL.

Setelah sesat beberapa kali, maka saya dapat jugak jumpa kawasan yang macam OK untuk ambil gambar. Cuak jugak sebab pada masa tu hanya saya sahaja berseorangan kat jalan tu dan masa hampir maghrib. Saya agak kechewa kerana tiba tiba hujan turun ( namun bersyukur pada Allah) dan suasana terus menjadi berkabus. Lansung tidak nampak matahari sunset sebab kabus yang tebal dan awan mendung. Namun saya pacakkan jugak tripod, setting camera dan ambil gambar.

Picture #1

CSC_0034

Ulasan : Dalam keadaan cuaca yang sangat lembab dan hujan gerimis, sangat susah saya untuk membuat equipment set up. Ditambahi pulak dengan ke’cuak’kan saya untuk duduk sesorang kat sini time Maghrib. Peeeeh. Lain kali kena ajak member jugak la. heheh. Saya sangat berharap matahari yang sedang terbenam untuk memancarkan cahaya kuning kat seluruh tasik ni, making it golden – sebab saya nak try ‘Bakar’ scene itu dengan Manual WB, tapi tak mampu sebab keadaan cuaca.

Picture #2

CSC_0041

Ulasan : Gambar di atas adalah cubaan saya untuk mimik dan tiru style MICHAEL KENNA Black and White Landscape Fotography. Ada beberapa siri gambarnya yang diambil semasa beliau berada di Negara China (Huangshan Mountains Anhui 2008-2009) yang sangat cantik bagi saya. Simple dan cantik – macam lukisan yang dibuat dengan seni kaligrafi cina (katanya masa dinterbiu).

Disebabkan cuaca semakin gelap dan kabus yang semakin tebal , saya mengambil keputusan untuk balik ke Ampang Look Out Point

Sebaik saja sampai di Ampang Look Out Point, orang dah pun mula penuh . Terdapat 3-4 Restoran kat atas tu. Parking kat kawasan atas penuh, jadi saya terpaksa bawak kereta Myvi saya ke bawah dan start panjat untuk ke atas. Saya set up tripod saya di Panorama Restoran – Restoran paling tinggi sekali kat area tu. Dah la dia paling tinggi, dia pulak buat macam menara kat situ ( lengkap dengan meja makan semua), saya pun panjat ke tempat yang paling tinggi itu. Hins Hins. (penat)

Picture #3

DSC_0048

Permandangan cantik, namun kechewa sebab tak cukup ilmu untuk mengabadikan gambar itu sebab bagi saya gambar ini tidak sharp. Nasib baik tempat ni kat KL je, bayangkan kalau tempat ni kat Istanbul ke, German ke, mesti lagi kechewa sebab tak dapat nak pergi lagi. Jadi, hari rabu ni saya dah register untuk kelas LANDSCAPE di NIKONIAN ACADEMY. Yes.

Picture #4

DSC_0052

Ulasan : Kalau gambar no #3 saya guna teknik TILTING, gambar di atas pulak saya try untuk masukkan element langit supaya dapat membangkitkan element dramatik pada suasana keseluruhan gambar (cheeewah). Namun kekadang saya terfikir, adalah elok gambar Landscape diambil dengan gaya POTRAIT? Hasilnya seperti di bawah :

Picure #5

DSC_0053

Ulasan : Aduuh. Terseksa batin saya tengok gambar ni. Dah la tak sharp, senget lak tu. Janji pada diri sendiri jangan buat lagi gambar macam ni.

Ok, secara summarynya :

1. Untuk ambil gambar landscape ( tambahan pulak NIGHT LANDSCAPE), memang kena pakai REMOTE SHUTTER. Sebab saya tak pakai, gambar tak dapat nak sharp sebab masa saya tekan Shutter, camera sikit sebanyak akan goyang.

2. Tripod yang baik – Ini saya tak dapat sebab saya hanya guna tripod free ( ntah apa brand) yang dapat semasa beli D90. Pengendalian yang sukar membuat saya struggle untuk dapatkan komposisi.

3. ILMU mesti kena ada. Hari Rabu ni saya akan menuntut di Nikonian Academy. Banyak soalan nak kena tanya nih.

OK, itulah dulu daripada saya untuk kali ini =)

Teringat saya pada kata kata lagi sorang otai PHOTOG ni :

“ YOUR 1st 10,000 photographs are your worst” – Henri Cartier-Bresson.

Jumpa lagi!

8 responses

  1. fami cute

    i think the first pic quite amazing wer u were so cuak at that time…. it feels more realistic… n my suggestion is ape kate abg yan pegi hutan negare pahang holiday di sane n try amik pic di sane or we go together next year sebab fami nak pegi jugak tp takde gang yg suke hutan rimbe nie….so what say u??? sebab di sane u can get as many as u can the idea , the concept n u can practice more.

    November 28, 2010 at 18:30

    • ok tq fahmi
      memang antara tempat yang dirancang untuk ke Taman Negara
      Sekarang ngah tuntut ilmu secukupnya
      kalo tak buat penat je pi sana tapi gambar tak elok
      tq for the suggestion fahmi =)

      November 29, 2010 at 00:50

  2. yusri

    klu xde remote shutter, hang pakai timer 2s pon blh… sure steadynya camera tuh… gambar tak sharp aku x pasti sbb apa… tp hang mungkin blh increase iso, f7.0 above, increase shutter sket… overall, good series…

    my none cents….

    November 28, 2010 at 19:05

  3. sedi78

    aku setuju gak ngn bro yusri tu cakap pakai remote shutter pon ok.. sebab saya pon beli remote cable, tp banyak masa tak pakai sebab tak selalu bawak.. timer pon ok janji amik gamba hehe tu pendapat aku je.. pasal aku pon baru belaja gak
    apa2 pon gamba kau ok.. tp pada mata aku la.. aku pon newbie gak

    March 9, 2011 at 15:14

    • sedi tq for dropping by and baca blog aku bro 😉
      tu la, la ni ngah dok ejas cari remote shutter ni, nak kasi gambar less blur tambahan plak kalo malam
      hehehe

      March 10, 2011 at 00:06

  4. sedi78

    ade kat kedai.. yl kamera ke? err aku pon dah lupa.. tp aku beli yg cap ayam je… pasal aku tak pro lagi.. janji amik gamba je.. bleh la outing sama2 kalau free nanti bro

    March 10, 2011 at 09:27

    • takde hal bro
      boleh je kita nanti set 😉
      leh kongsi ilmu

      March 10, 2011 at 09:44

Leave a reply to sedi78 Cancel reply