Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Bergusti dan bersilat dengan White Balance

Salam.

Ketemu lagi kita =)

Ini adalah rangkuman kelas ke-2 saya di Nikonian Academy Kota Damansara.

Sebelum ini Encik Fazriani hanya mengharapkan kepada setting WB Auto sahaja semasa mengambil shot. Encik Fazriani pada masa itu (takde ilmu) dengan pasrahnya hanya berharap pada kemampuan intelektual prosessor cameranya untuk decide which WB to use. Ya, kawan kawan kita memang mampu dan tak salah untuk berharap pada kemampuan camera untuk tetapkan WB untuk kita, but..mana yang seronoknya kalau semua setting ditetapkan BUKAN oleh kita kan?

hehehe. Name of the class : Fooling your White Balance.

Ok, jadi, untuk complement isi isi yang saya dapat daripada kelas malam tadi, here is some interesting facts about WB yang saya dapat daripada mana lagi – internet lah:

1. Zaman ambil gambar guna filem, correnction untuk membetulkan gambar yang kebiruan/kekuningan dalam beberapa kondisi lampu (incandescent or fluorescent lighting) dibuat dengan memakai FILTER. Zaman sekarang, semua DSLR (and even some compact camera pon)  paling cikai semua ada fungsi untuk ejas / manipulasi WB. Done in camera.

2. Kalau amek gambar dalam RAW, boleh ejas WB mengikut hawa napsu kita dengan memakai software.

3. Ni yang isi penting yang saya belajar – by learning how to use your WB manually, a whole new creative world will open right in front of your eyes ! – this i promise you.


Several important rules yang saya pelajari dalam Kelas ini adalah :

  1. Colour ada temperature!!  dan disukat dengan nilai KELVIN. Macam sifu

image

  1. Kenapa kita kena pertimbangkan White Balance ? Sila pertimbangkan kejadian kejadian pelik ini :
    1. Pernah tak kita ambil gambar masa birthday kawan kawan / family kat dalam rumah pastu semua benda dalam gambar tu dari warna krim kek, muka, baju, bijik mata, baju semua nya colour kuning kekuningan ?
    2. Ni saya alami sendiri – ambil gambar majlis farewell dalam office saya, (ada banyak lampu kalimantang) , pastu semua muka akan jadi seakan akan kulit smurf – biru ke biruan?
  2. Jadi, mari berlaku adil – biar benda benda yang warna PUTIH = KEKAL PUTIH. Kita pun taknak gigi kita nampak jadi kuning kekuningan kan kalau ambil gambar tak ambil kira WB ? Ataupun bayangkan masa kita ambil gambar anak / adik pakai uniform sekolah – baju nya seolah olah pakai NILA. Biru kebiruan – sedangkan jenuh mak sental pakai FAB BUKU untuk pastikan putih seputihnya uniform tu.

Berikut adalah contoh yang diambil semasa kelas :

Nota : Set WB = 5000K pada masa yang sama ada sumber cahaya kuning betul betul tepi subjek.

DSC_0199Kawan kawan, perasan tak bahawa gambar ni agak kuning kekuningan ( yellowish). Untuk memudahkan kita tengok effect WB kepada gambar ini, kita boleh tengok pada bahagian yang kita comfirm warna asalnya PUTIH, contohnya pada sekitar keliling perkataan PEPSI itu. Selagi ianya kekuningan, apa yang kita boleh buat, secara manualnya kita boleh reduce nilai K kurang daripada 5000K. Jadi, apabila saya menurunkan nilai K kepada sekitar 3500K , maka gambar yang kita dapat akan jadi lebihkurang macam ini :

DSC_0198See? Mudah bukan. Tapi saya masih belum berpuas hati, saya turunkan lagi nilai K kepada nilai yang lebeh rendah untuk mendapatkan gambar akhir sebegini :

DSC_0201 Ha. Gambar yang ok bagi saya. Yang pentingnya, kalau kita selalu berlatih untuk menganggar nilai K dalam sesuatu kondisi dan tempat dan masa 2 tertentu, kita akan dapat mengagak nilai K dengan otomatisnye.

Jadi, dalam kelas ini lagi beberapa aktiviti dilakukan. Sebagai tambahan kepada shooting di bawah lampu kuning, kami juga diminta untuk shoot pada item yang disinari oleh lampu kebiruan , dan tugas kami untuk meneutralkan warna putih yang ‘ a bit bluish’ itu kepada putih yang sebenarnya.

Aktiviti lain :

  1. Averaging WB when multiple yellow and blue light (mixed condition) – (Penggangaran WB pada item yang hampir pada lampu yellow + WB pada item yang hampir pada lampu biru / 2) Average it out untuk item yang disinari campuran lampu biru dan kuning.
  2. Melihat if kita ubah nilai WB (dalam keadaan ISO,APERTURE dan SHUTTER yang SAMA) , maka taburan HISTOGRAM juga akan berubah ( ni tahap advance – tak paham lagi sebab saya masih belum hadir kelas HISTOGRAM)
  3. Yang ni menarik – Kami belajar cara untuk menggunakan fungsi PRESET dalam menu WB. Maknanya, kita LOCK kan nilai WB pada sesuatu reference ( KADBOARD PUTIH, WB PORTABLE CARD dll) dan terus shoot pada item. Pada masa itu , camera akan ‘ingat’ setting WB itu dan akan applykan nilai WB itu pada shoot gambar yang berikutnya.

imageNota : Gambar di atas diambil dari  http://www.cambridgeincolour.com/tutorials/white-balance. Dalam kelas guna kadbod putih cuma.

4. Aktiviti yang terakhir best. Soalan : Katakan kita kat satu taman yang hijau , langit plak time tu sangat biru sebiru birunya, ada model cun plak dok posing depan kita. Bagaimana cara untuk ambil gambar supaya hasil akhirnya warna langit membiru sebirunya ? Antara caranya boleh didapati dengan tune WB kita kepada nilai tertentu supaya langit akan jadi biru, tetapi masalahnya muka model pulak akan jadi biru kan ? Jadi , dengan menggunakan FLASH ( ni saya tak masuk kelas lagi) + COLOUR GEL kita boleh pastikan warna kulit model maintain dengan warna asalnya, di samping memekarkan lagi warna BIRU langit. Kelasss gitu.

5. Cabaran akhir : Kami di dalam studio. Warna dinding studio putih melepak. Mr Fang ( One of the trainer memakai topi sawah sambil membawa air pepsi duduk di atas bangku – dan memberi arahan : Now please manipulate your WB to make me look as is I am a sweating farmer from Vietnam UNDER THE BEAUTIFUL BLUE SKY.

DSC_0227 Gambar di atas diambil dengan WB setting to 5000K. Yap. Nampak macam dalam studio lah. So, I tweeked my WB to approx 2700K and gambar seterusnya terhasil :

DSC_0248 Haha. Dapat jugak . Namun, banyak lagi yang perlu dipelajari untuk tambahan kefahaman saya mengenai manipulasi WB.

Walaupun kelas start pada 7.59PM dan berakhir pada 10.30PM, banyak ilmu baru mengenai WHITE BALANCE yang saya dapat. Namun saya masih lagi struggle untuk kasi lagi paham.

Next exercise yang saya akan buat :

1. Mem’BAKAR’ suasana SUNSET supaya nampak lebey UPMPHHH dengan hanya manipulasi WB yang betul.

2. Trial FLASH + COLOUR GEL pada OUTDOOR session.

Lepas saya buat, saya akan post lagi hasilnya. Banyak latihan saya perlu buat.

Kawan kawan, terima kasih kerana membaca sampai tahap ini. Jika ada kesalahan , tolong betulkan saya ya😉

Sekian, sehingga ketemu lagi ya !!

 

2 responses

  1. Macam mana nak ambik gambar yg jelas dan cun dekat outdoor yang panas berdengung. Matahari atas kapla?

    November 26, 2010 at 13:16

    • huih. mencabar soalan ini ( sebab aku tak pernah try lagi) hehe.
      ko referkan gambar depan Sydney Opera House tu eh – ? Kalau gitu, kaedah paling jimat is on kan ko punya built in camera flash bro. haaaa. pastu hati hati( buat la trial sedas dua sebab kalo flash tu kuat sangat, dahi ko akan berkilat macam ultraman kosmos. Jadi kurangkan sikit kuasa flash ko. dan untuk mendapatkan tone kulit yang macam manusia normal, pakai lah flash diffuser =) tapi hasil terbaaaeeek dari ladang kalo guna flash gun la. nanti kalo aku belajaq minggu depan aku tanyakan soalan ni untuk ko ok bro?

      November 26, 2010 at 13:27

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s