Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Sekinchan Outing 14 Nov 2010 (Part 1)

Salam and good evening

Untuk pengetahuan pembaca, blog kali ni ditulis menggunakan Windows Live Writer yang terdapat secara free dalam laptop saya, Kenapa saya guna Windows Live Writer ? Jawapan : sebabnya, kita boleh tulis dan isi blog kita walaupun kita tak online.. Kekadang kita kena on the move ataupun susah nak cari wifi spot ataupun bill broadband tak bayar lagi, masa tu pulak idea ngah membuak2, so Windows Live Writer lah jawapannya =)

So, kalau ikut my schedule, memang lambat lagi nak masuk kelas Basic To Intermediate by Nikon Academy – 20hb Sabtu depan tuh. My Perodua pulak dah start cuti – dibantainya seminggu plak tu. So, apa yg musti saya lakukan pada ujung minggu yg kosong ni ye ?

Teringat plak pada my friend Wan Mohd Faizal yang currently duduk kat Kuala Selangor. So terus angkat phone and call and comfirm with my friend and set the time and place untuk jumpa kat depan Tesco Kuala Selangor.

So pada 14 Nov pagi pagi (sepatutnya sambung tido) , gerak to Kuala Selangor via HIghway PLUS – exit Tol Bukit Tagar – Batang Berjuntai or nama terbarunya Bestari Jaya – Kuala Selangor yang amek masa about 50 minutes.

So, lepas amek Wan di rumah, inilah agenda kami :

1st stop : Kampung Nelayan Sekinchan

2nd stop : Pantai Sekinchan (ramai orang tak tau hehe)

3rd stop : Sawah Padi di sekitar Sekinchan

4th stop : Taman Alam Kuala Selangor

Jadi untuk Posting 1st Part ni , saya akan share gambar gambar dari Kampung Nelayan Sekinchan :

1st Picture :

DSC_0199

Mostly , rata rata penduduk kat sini keturunan Cina – dan pekerja pekerja yang kelihatan ada antaranya Indonesia, Nepal. Kat sini semua ikan dinaikkan (waktu air pasang) dan dijual terus pada peraih.

2nd Picture :

DSC_0202

Uncle ni la yang kami interview sikit sikit. Jadi cadangan dia, if nak meriah lagi rupa foto foto yang nak diambil, disyorkan olehnya agar kami datang pagi pagi untuk tengok aktiviti ikan baru sampai dan dinaikkan dari bot ke jeti. Time tu macam market lah. Ramai pemborong, orang nak beli tawar menawar angkut mengangkut bayar membayar balik membalik lepas beli. Time yang kami pergi melawat tu, hanya ada sikit sikit pekerja dok lepak lepak repair jala, gulung gulung tali, cuci container ikan, and pekerja semua ngah rehat sambil makan nasik bungkus – rata rata depa yang rehat tu pakai kain pelikat tu !

3rd Picture :

DSC_0226

Time kami pergi tu, memang mostly rata rata ngah dok rest – rehat a.k.a membuta. Jadi sangat lah minumum kadar aktiviti masa tu. Kekadang suasana dia sangat tenang dan senyap sampai saya dapat shot kan satu gambar lanskap yang tak sebeberapa ni.

4th Picture:

DSC_0250

Bila saya baca baca dalam artikel artikel fotografi dalam magazine magazine, antara skill yang diperlukan untuk mendapatkan gambar gambar yang baik adalah dengan bertanya dengan bersopan : “Maaf ya, boleh saya ambil beberapa gambar di sini ?”  Jadi berkat dari soalan itu saya dibenarkan untuk meniarap di atas jeti kepunyaan tokey yang muka seakan akan Big Show (WWE Superstar) untuk mendapatkan shot ni. Ketika ni amoi ini begitu tekun menghampar dan mengechek (memeriksa) andai ada kerosakan pada jalanya dan dengan tahap tabah yang meruntun jiwa terus menjahit lobang lobang yang dia jumpa.  Sedikitpun dia tak mempedulikan saya yang sedang terguling guling cari angle. Syabas untuk dia !

5th Picture :

DSC_0232

Lagi satu antara aktiviti kat sini, dengan gembiranya saya dapat tahu bahawa depa juga membuat bot bot nelayan kat sini ! Dalam sepanjang perjalanan kami (jalan kaki – bawah cuaca panas membahang tahap gaban – tak pakai topi) kat area area sini,cuma satu tempat ni sahaja yang depa sedang membuat bot. Bot kayu. Manually. Saya tengok machine yang ada cuma ketam kayu (tak leh makan), gergaji,pembaris besi dan beberapa dozen tong cat. Masa kami pergi, semua pekerja sedang berehat. Saya cuba mengambil candid shot salah sorang pekerja yang sedang berehat sambil memakai spek mata ala ala Rajinikanth, tetapi gagal sebab dia sembat menyembunyikan mukanya sambil tersipu sipu.

6th Picture :

DSC_0227

This is the picture of my friend, Wan Mohd Faizal – seorang jurufoto yang sedang meningkat naik. Banyak yang saya belajar dari dia. Sila lawat dia di http://lensasimerah.blogspot.com untuk tengok hasil kerja nya dan gambar saya yang dia ambil hahaha. Dalam blog saya ada gambar dia, dalam blog dia ada gambar saya.

OK. Ini adalah 6 gambar yang saya pilih untuk post kali ini. Gambar kat kampung nelayan ni ada banyak, tapi cukuplah saya post yang 6 ni sahaja.

Actually, rasa macam wartawan plak kan ? Ambil gambar sambil interview orang/subject. Banyak jugak menda yang dipelajari along the way.

Next posting : Pantai Sekinchan ( juga di tengah tengah panas membahang)

Jumpa lagi =)

2 responses

  1. mantap arrr……kena ada 2nd trip nie lepas kelas dengan nikonian. baru mantap guna manual mode……..nie baru langkah pertama. Gred A++

    November 16, 2010 at 04:42

    • tq bro. tu la pasal. Kena ada ilmu di dada. Tak perlu lagi bawak lense besaq meriam buluh kalau gambaq pun tak sharp lagi hehehe. Kena arrange lagilah outing pasni. Next destination : Putrajayaaaaaa jomm

      November 16, 2010 at 05:27

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s