Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

The Journey Starts..

salam..

Wow. My first posting. Finally, aku ada blog. Fotoblog.

Dah lama dah nak buat blog, asyik procrastinate. Suka bertangguh. Banyak sangat reason yang diberikan pada diri sendiri. Takut takleh nak commit la, takut salah guna la, takut takleh nak handle comment orang la (tu pun kalo ada), takut itu dan takut ini. Penakut rupanya aku. Huh.

Pictures always make me feel amazed. Kagum. Tengok gambar2 yang dalam magazine,dalam iklan,kat dinding bus, kat belakang teksi. Kat mana mana dalam dunia ni, ada picture. Gambar. Images. Personally, for me dunia akan jadi sangat boring kalau takde picture/gambar/images. Kalau time pi shopping, i can easily spend an hour kat MPH,Times, Popular , dll untuk just flipping trough tengok foto foto dalam magazine and books. Tak terasa lansung waktu berlalu.

Thanks to technology yang advanced sekarang, memiliki camera bukan satu perkara yang imposibble. Bukan stakat sebarang camera, kalau kita jalan jalan nowadays kat shopping mall,kat taman tasek perdana, kat pameran kucing, kat majlis declare calon pilihanraya, time banjir sekalipun. memang akan ada je yang kepit DSLR.

Yes. DSLR is becoming more and more affordable nowadays. Thanks Nikon,Canon,Pentax,Sony🙂

My 1st DSLR, dibeli pada tahun 2008 :

Best. Sangat best. Tiap tiap ujung minggu ada je project amek gambar. Setakat 7 bulan guna camera ni almost 40GB gambar JPEG yang disnap sana sini dengan gumbiranya. Wooohoooo. Lepas snap snap snap, simpan dalam portable hardisk 120GB kaler biru laut yang comel tu.

Sehinggalah pada satu hari yang sangat tragis, HARD DISK ITU KONG. Fuh. Rasa macam salah sorang kawan baik kita mati kena tanduk dengan badak sumatera. ” Sori la brader, i cannot help u maa, this hardisk oledi kong maa.cannot recover anything looooo.. but i can help u claim warranty, just add me 80 ringgit onli all thing settle” Camtu la cakap Ricky Wong kat Plaza Low Yat masa aku membuat cubaan CPR sisa sisa akhir untuk retrieve isi perut hardisk tu. Dah la tak print, tak backup pakai dvd, tak save kat online server (salah diri sendiri la tu). Maka aku sangat kechewa. Sangat. Dan membuat satu tindakan yang bodoh (merajuk tak bertempat dengan diri sendiri) – aku jual my Canon 400d. Tindakan yang aku kesal sampai sekarang..

Masa berlalu tanpa aku ada camera. Sekadar camera henpon tu adalah. Jadi, disebabkan aku nak jugak amek gambar (tangan gatai kata orang penang), maka after online survey yang lama , maka aku menggunakan duit bonus aku untuk beli Panasonic Lumix TZ15 :

good camera. exceptional lense quality – almaklumlah Leica punya tahap. Merata camera ni ikut aku. Even sampai ke Russia,masuk laut kat Pulau Perhentian, kena gigit ngan kucing aku, jatuh tangga, dating ngan wife kat Bora Asmara, naik feri Pulau Pinang, ambik close up laksa penang dan banyak lagi..Memang best. Kata orang .. Terbaaeeeek dari ladang lah.

Cuma hati orang kan tak pernah puas. Hehe. DSLR, sebagaimana yang korang tahu, offers almost unlimited creative possibilities. Nothing beats kepuasan tengok gambar yg kita amek pakai DSLR. Kekadang sengih sesorang tengok LCD lepas shot. So, next step.. Jual TZ15, and then, dengan rasa seronok, hati berbunga bunga, with butterflies flying in my stomach kata orang puteh, aku mendakap .. Nikon D90. Yaaaaaa.

So, once again , sekali lagi, my foto-journey begins. Kali ni, nak bersungguh. This time, its payback time. InsyaAllah kali ni aku takmo patah balik lagi. Making this blog, is one of the many vessel  that will accompany my journey. Journey yang akan membuktikan, pada aku sendiri, yang :  “Yes. I can shoot beautiful pictures”.

Wow. 1st entry yang melalut. But, it is from my heart.

4 responses

  1. Aku orang pertama bagi komen. Ianya akan menjadi sejarah dalam hidup kau dan aku … hehehe.

    Pasal gambar2 tu, kalau serius kau kena simpan dalam online punya site mcam photobucket, flickr. nak kapasiti lebih bayar sikit. Lepas tu boleh tayang satu dunia. Pehhh …. femes oooo

    Apa2 pun gud luck. Jangan lupa update blog, sebulan sekali pun takpe.

    November 6, 2010 at 08:55

    • tq for the comment azrin,
      yap, blog ni macam aku punya digital diary pasal aku punya hobi amek gambaq hehehe.
      apa saja yang terlintas, terjadi, diramalkan akan terjadi pun nanti aku update kat dalam ni..
      macam densho-notes. nak bubuh semua link, articles yang aku jumpa dalam internet dalam ni.
      yap – pasal online foto storage tu aku bakal buat tak lama lagi – maybe opt for Flickr account
      at least back up jugak gambaq2. Jangan sampai jadi macam dulu – harddisk kong – semua hilang huhu
      byy the way – tq again for being the 1st one to comment

      November 6, 2010 at 09:04

  2. Asrizal Mohamad

    Baguih baguih hang punya blog…nak join ko ambik gambar boleh ke? Tp aku segan, hanya pakai D3000 aje…
    Keep your blog up-to-date bro…Weldone

    November 15, 2010 at 12:52

    • Salam bro asrizal, tq for the comment bro. Pasal blog ni mcm lebeykurang diary je heheh. Baru belajaq aku pun. Ada camera d3000 ? Tu dah ok da bro. Janji basic kuat. Aku pun dok baru nak start ni. Kalo free kita leh p sekali takdehal bro..🙂

      November 15, 2010 at 13:24

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s