Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Serpihan Syurga Dunia : Pengkalan Balak Melaka

Dozing off

Salam ! Sedikit kelainan dalam entry saya kali ini ya.

Kawan kawan yang dikasihi , setiap orang dari kita perlukan cuti. Dan jangan silap sangka, kadang kadang cuti walaupun sehari dapat memberi sangat banyak impak pada kesihatan mental kita. Tambahan pulak time time sangat serabut nowadays ni.

Dengan isteri saya sedang giat buat last minute preparation untuk menghabiskan sisa sisa seisi latihan MODO nya di Kem Terendak , saya pilih Chalet Permata di Pengkalan Balak untuk berehat menanti. Chalet Permata ni sangat dekat dengan Kem Terendak, kira kira hanya 5 minit sahaja dari pintu pagar belakang Kem Terendak.

Dengan barisan pokok ketapang yang rendang rendang di tepi pantai, awan membiru di langit dan pohon pohon kelapa di tepi jalan raya utama, angin pantai yang kuat dapat dirasa sebaik saja kita bukak pintu chalet kerna betul betul mengadap pantai. Jarak dari pantai cuma dalam 15-20 meter je. Memang dekat sangat. Ada saja kerusi kerusi malas yang boleh disusun tepi pantai , menanti untuk diisi oleh kita, lunjurkan kaki, tutup muka dengan magazine dan tidor sambil dengar suara ombak dan maybe bunyi yang paling bising pun adalah burung burung berkicauan atas kepala.

Sungguh heaven on earth. Tak percaya, hanya dengan 2 jam drive dari KL boleh sampai di sini. Ada satu masjid yang sangat comel di tepi pantai , siap aircond dan of course kelilingnya ada pokok kelapa. Gerai gerai also warung warung beratur di tepi pantai , one of them jadi tempat persinggahan saya untuk breakfast dengan otai otai kat situ sambil bercerita tentang memori lama ceria di pantai itu. Bila naik kereta from Pengkalan Balak telusuri lah jalan pantai kat situ until sampai kat hujung jalan mati di Kuala Linggi. Pandang lah kiri pandanglah kanan orang sini memang sangat menjaga rumah rumah mereka kat sini. Rupa bentuk tradisional masih lagi beraja di kampung kampung sepanjang pantai sini dan memang asyik tengok sambil hampir langgar lembu yang sedang melintas jalan raya ;)

Pengkalan Balak, insyaAllah I will come again.

Enjoy the pictures – mixtures of my Iphoneography and also my trusted D90.

Serendipity

I can stand here for hours just to see this

Breakfast with the old timer at a local warung - got some historical data here ;)

Driving trough

Washed away my fear

Twin trees

Seeing happiness in 3D

Golden sands

Sekian ya.

Jumpa lagi ;)

About these ads

8 responses

  1. gambar hitam putih orang tua tengah tunggu pelanggan kat kedai tu memang cool habis.. Mantap.

    April 24, 2012 at 21:54

    • thank you bos, masa tu saya lepak dalam kereta tunggu wife & kawan gi kedai, but seeing this oldman lepak in front of the kedai, buat saya gatal tangan n keluar utk amek gambar hehe

      April 30, 2012 at 10:36

  2. deeb0207

    Wahh tak tau pun kt Melaka ade tempat best camni. Thanks for sharing! Wajib carik nih! Theee…

    April 25, 2012 at 09:11

    • Deeb,
      Yes, pada mulanya saya pun tak tahu , until my wife yang arrangekan untuk tinggal di sini sementara dia ada kursus at that area. Chalet nya comel comel, tak de lah sebesar hotel or resort di nearby PD. But the suasana kampung tepi laut yang segar make this place ( for me) really beautiful ;)

      April 30, 2012 at 10:38

  3. dengaq hang crita mmg nak kena pi la… dok tepi pantai yg berangin. hari tu dah ralat nak pi sbb hujan trus balik hari ja and tak singgah langsung sini

    April 27, 2012 at 09:59

    • Anas, yes bro, memang kena mai sini lepak. Kawan kita @mdlutfi pun dah sampai sini recently. One of the best place to relax.

      April 30, 2012 at 10:39

  4. nora

    budak2 kecik boleh mandi ka kat sini?

    February 14, 2013 at 14:42

    • Salam nora, thank you for dropping by Fotomamu. Yes, tempoh hari saya ada nampak ramai bebudak mandi kat sini :)

      February 16, 2013 at 14:18

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 44 other followers