Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Sekinchan Outing 14 Nov Part 2 (Pantai Redang & Sawah Padi)

Salam. Hello. =)

Part 2 of the journey to Sekinchan. OK, before we proceed , atually kan saya nak mula masukkan beberapa fakta mengenai tempat tempat dan subjek subjek fotografi saya untuk dikongsikan kepada anda semua sebab for me, disebalik setiap gambar akan ada ceritanya. Ada sejarahnya. Jadi, dengan menggunakan apa semua teknologi Google Search yang ada sekarang, kita akan dapat banyak maklumat mengenai tempat, sejarah dan cerita untuk subjek fotografi kita. Rugi kalau kita setakat ambil gambar, pastu balik camtu je. Better still if leh spend masa sikit untuk sembang, tanya dan ambil tahu tentang subject kita kan =)

Jadi , mengenai Sekinchan , ini adalah 4 fakta yang boleh kita renungi sesama :

  1. Sekinchan dalam bahasa Cina bermaksud “Kampung yang sesuai untuk bercucuk tanam”
  2. Selain daripada Sawah Padi yang terbentang luas – banyak orang tak tahu bahawa Sekinchan juga mempunyai Kampung Nelayannya yang besar.
  3. Sekinchan juga ada pantai – Pantai Redang namanya
  4. Kalau penat dan malas nak balik rumah lepas jalan kat Sekinchan, disyorkan anda spend semalam dua ni Homestay Kampung Sungai Haji Dorani – macam macam aktiviti ada.

Ok, to the 1st Picture :

DSC_0261

Pantai Redang tak sebesar dan seluas mana, namun masa kami pergi melawat walaupun tengah tengah matahari tercacak atas kepala , masih ada beberapa family yang datang ambil angin di situ. Kondisi pantainya yang tidak ada penjagaan yang sempurna membuatkan kami kurang mengambil gambar pasir pantai. Pantai yang kecil senang dimaintain kan, jadi diharap lepas ni pihak berkuasa tempatan dapat ambil inisiatif untuk jaga dan kembalikan keceriaan pada pantai ni.

2nd Picture :

DSC_0266

Sangat happy ini orang. Dari hujung pantai ke hujung pantai senyum je memanjang. Betul.

3rd Picture :

DSC_0263

OK OK. Yap, saya sangat setuju. Gambar ini memang tak menjadi sebenarnya . Kalau refer to histogram dan tengok pun tahu bahawasanya gambar ini OVEREXPOSED. Sepatutnya langit kat belakang model (cheeewah) tu warnanya biru. Tapi bila lepas snap kali ke 4 pun saya masih tak dapat kaler biru langit tu. Macam saya cakapkan kat dalam permulaan saya start tulis blog ni, blog ini adalah perjalanan pembelajaran fotografi saya. Untuk shot ni (dan semua shot shot sepanjang hari ) saya shoot dengan menggunakan Manual Mode. Jadi, untuk menebus dosa mengambil gambar yang tak menjadi ini, saya akan angkat tangan dengan bersemangat dan tanya dalam kelas Basic to Intermediate yang akan saya pergi hujung minggu ni (20 Nov 2010) hehehe. Lepas saya dapat penyelesaiannya, akan saya post pula gambar yang betul dan sempurna sifat exposurenya.

4th Picture :

DSC_0273

 

 

ok, gambar tak banyak sangat pasal Pantai Redang ni sebab :

  1. Tak Tahan : Panas sangat sampai nak pitam (serious bro!)
  2. Kejar Uncle jual Aiskrim

Gambar gambar lain berkaitan dengan Pantai Redang ni boleh diusyar di http://lensasimerah.blogspot.com .

Diakui, tak banyak sangat gambar yang diambil kat pantai ni. Sebab : Cuaca yang sangat panas dan silau dan ianya membuatkan rata rata shot yang saya buat tak menjadi ( haaa, sekarang baru saya tau betapa pentingnya ilmu instead of hardware). Soalan untuk mengimprovekan shot saya pasti akan saya tanya dalam kelas nanti.

Lagi satu , my “Art of Seeing” still need to be developed more. Saya kurang creative untuk cari angle angle yang out of the box dan menarik. Takpa takpa… kena belajaq lagi =)

OK. Move on to kawasan Sawah Padi Sekinchan yang femes dengan para fotografi seantero Malaysia.

5th Picture :

DSC_0288

Sampai jugak kereta PGV ni kat Sekinchan. Kawasan sawah padi kat Sekinchan ni sangatlah luas. Seluas mata memandang. Sebelum kami, banyak dah para fotografer dari merata ceruk Malaysia datang untuk shoot area ni. Memang cantik. Just green paddy fields and blue sky everywhere !  Tapi masa shoot ni around 2 pm. Peeeeh. Rentung. Tak bawak topi and sunglasses. Elok lah tu. Lagi satu reminder to myself – next time – come prepared.

6th Picture :

DSC_0289

 

Sekinchan dan sawah padi tak dapat dipisahkan. Tapi masa kami pi ni. tiada sebarang aktiviti pun. Maksudnya, niat awal kami untuk ambil gambar pakcik makcik ngan bertungkus lumus membanting padi tak dapat nak dikotakan. Saya rasa time ni mesti penduduk kampung tu pun ngah gelak kat kami – Apekebondo tengah tengah matahari tercacak tu dok bawak camera tengah tengah sawah. I also tried this Landscape Shoot. But bila tengok balik, sepatutnya saya :

  1. Bawak tripod , cacak and to add to exceptional sharpness quality, shoot in RAW and pakai remote release some more.
  2. Pakai grad filter and polarizer (ni tahap tak belajaq lagi)
  3. Timing timing timing- we should do some extra homework pasal schedule, musim menuai/membajak/tabur benih sebelum datang

7th Picture :

DSC_0312

Lagi satu gambar Wan Mohd Faizal. Lepas ni if keadaan nak mengizinkan bawak beberapa orang model lain plak untuk dijadikan subjek.

Last Pictures for this post :

DSC_0321

Lagi satu gambar Wan Mohd Faizal.

Ok. Rata rata saya menganugerahkan setengah suku bintang daripada 5 bintang pada semua gambar yang saya ambil ni. Memang sangat banyak lah nak kena improve. Jadi saya curahkan semua gambar gambar before saya mendapat latihan formal sebagai seorang fotographer. Jadi nanti bila bila once dah macam reti sikit nak amek gambar elok elok mesti tutup muka dengan tray bila tengok gambar gambar lama. Hahahaha.

This is my journey to learn how to become a good photographer.

Sampai ketemu lagi ya ! =)

About these ads

7 responses

  1. net

    ada jugak effort nak belajaq fotografi… i owned a dslr… tp tak berkesempatan nak belajaq… main snap je… pastu suh org comment ok ke dak…

    November 16, 2010 at 05:20

    • tq bro, sebab singgah and comment.
      Banyak gilos mende nak kena belajaq pasal dslr ni. stakat skarang baru 5% kot di dada huhu. Jom kita sama sama belajaq. Tu yang saya enroll klas at Nikonian Academy tu. (tapi kelas tak start lagi pun – 20hb ni baru start hehe)

      November 16, 2010 at 05:25

  2. kenit

    yan… hang bagi setengah suku, aku bagi 3 suku bintang, hehehe… melawak ja dgn mamu noo…
    saja la nak bagi pendapat sket, hang punya gambaq portrait aku rasa mcm tinggi sgt, klu display dlm website blog nih, nak kena skrol atas bawah baru nampak semua… and aku rasa tak balance la langit byk sgt… cuba guna rule of third utk letak horizon hang tuh… mamu kena tegoq sket tak marah kan…

    just my none cents…

    November 16, 2010 at 06:31

    • tu la bro.. betul cakap hang. tambahan plak macam guna netbook macam aku ni.. jenuh scroll up down baru leh tengok gambar. betul betul cakap hang bro. nanti aku kena ejas lagi. yang rule of third tu memang cadangan yang baek (nanti aku try buat dalam next latihan hehe) Terima kasih atas sudi singgah, comment yang membina bro . tq tq tapi agak agak la pakai nama kenit tuuuuuu( sempat lagi) hehehe.
      tq again bro

      November 16, 2010 at 06:48

  3. azlan

    golden hours instead of time matahari terpacak .. sure pic jadi lain .. :)

    November 16, 2010 at 08:00

    • sifu azlan – tq for the comment ;)
      itu golden hours – lepas subuh dan ketika maghrib kah ? dusk and dawn?

      November 16, 2010 at 08:35

  4. Pingback: 2010 in review « Fotomamu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 44 other followers