Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Latest

Danish

Salam friends !

Recently I gotta chance to hang out with my nephew : Danish. Me and wifey and his parents brought him to have fun in the Kid’s E World at The Gardens Mall.

He’s having a lotta fun , super active, an avid explorer of the massive colorful playground and super energetic. It took almost 3 hours to drain his high energy level :)

Pictures by Fuji X100s and processed by VSCO FILM in LR3.

DSCF0533 DSCF0540 DSCF0549 DSCF0559 DSCF0570 DSCF0586 DSCF0597 DSCF0619 DSCF0640

D90 , Trima kasih atas memori :)

Salam.

Nikon D90 dibeli oleh saya ketika satu pameran fotografi d Midvalley Megamall sekitar tahun 2010. Setelah mengunakannya beberapa kali, saya terus tahu untuk mengoptimumkan kuasa D90 ini, saya perlu melabur dalam konteks ilmu dahulu. Jadi kesedaran ini membawa saya berguru dengan salah seorang guru yang terbaik yang pernah saya jumpa iaitu Mr Andrew Boey di Nikonian Academy. Mata saya terbuka luas setelah menghadiri beberapa kelas teori dan sessi praktikal di sana.

Thank you to Andrew Boey dan Nikonian Academy.

Setelah belajar, tiba masanya untuk saya mencari ‘suara’ saya dalam dunia fotografi yang sangat luas ini. Sepanjang 3 tahun, sAya hanya ditemani oleh 2 lensa sahaja.Kit lense 18-105mm dan lensa feveret saya 50mm f/1.8 :)

Bersama mereka, ribuan memori dicipta dan diabadikan. Sepamjang 3 tahun saya mengambil gambar, perlahan lahan saya rasa saya mencipta persepsi seni fotography saya yang tersendiri hasil campur aduk inspirasi dan teladan yang saya perolehi dari ratusan rakan fotographer dari dalam dan luar negara.

Sehingga timbul pula satu prosess pendefinisian saya terhadap gaya fotografi saya. Setelah lama, baru saya sedar yang saya ini sebenarnya bukan seorang fotographer .

“Saya hanya seorang lelaki biasa yang sangat minat seni fotografi “

Setelah medapat kesedaran ini, maka ada beberapa aspek dalam minat saya yang perlu saya ubah. Kita semua punya sebab tersendiri untuk melibatkan diri dalam seni fotografi , dan saya percaya – semuanya betul :) Sebab saya adalah simple, saya suka abadikan momen momen dalam hidup saya sendiri dan berkongsi dengan dunia tentang macam mana sebenarnya saya melihat dunia ini :)

Maka diputuskan oleh saya, aspek pertama yang perlu saya ubah adalah camera. Saya perlukan sebuah kamera yang kecil , kompak, agak “invisible” , namun pada masa yang sama tidak mengabaikan kualiti gambar dari segi teknikalitinya. Saya perlukan semua element ini untuk saya menggandakan peluang peluang imej yang saya jumpa saban waktu saban hari dalam semua keadaan semaksima mungkin.

Setelah mencari hampir 3 bulan, maka saya ketemu jawapannya dalam Fuji X100S.

(insyaAllah akan saya ulas dalam entri yang akan datang mengenai Fuji X100S ini)

Kawan kawan, berikut dalam entri kali ini adalah imej imej terakhir yang saya rakamkan dengan menggunakan D90. Gambar gambar diambil sekitar aktivit ronda ronda TamAn Tasik Taiping bersama isteri saya suatu masa dahulu :) Pesanan penting : Jangan naik kayuh sampan kat tengah tasik ketika matahari terik ! hahaha.

Thank u dear my D90. i will never forget our adventures together :)

nota : Imej daripada D90 dan diproses menggunakan VSCO Film dalam LR3.

DSC_0063 DSC_0065 DSC_0066 DSC_0068 DSC_0069 DSC_0074 DSC_0084 DSC_0085 DSC_0090 DSC_0099 DSC_0101 DSC_0103 DSC_0105

Kiki si hensem boy

Salam !

Remember Kiki ? My kitten from my previous update click here . Sekarang umo nya dah masuk 5 bulan . Sehat tubuh badan dan sangat sangat hyperaktif. Seekor kucing yang tak boleh ditinggalkan sorang sorang dan akan menemani kami dalam apa saja yang kami buat tak kira la ngah masak nasik ke, basuh pinggan ke, solat ke, makan ke dia akan duduk maksima radius 1 meter sambil cuba selitkan tangannya kacau kacau.

Masa beli, tokey kedai kata Kiki ni breed Persian. Namun bila dah besar gumuk cenggini, dah tak nampak dah rupa Persiannya.

Tak sure la breed apa.

Anybody knows?

Pictures taken using my Fuji X100S and post processed using VSCO FILM.

DSCF0474 DSCF0476 DSCF0482 DSCF0486 DSCF0492

Ayam tandoori dan teh tarik dan jugak Fuji X100S

Salam kawan kawan !

Kekadang selepas kerja , perlu untuk tenang fikiran selepas berperang seharian pelbagai isu yang menghimpit. Di setkan dalam group Whatapps untuk jumpa minum pada waktu petang – maka fikiran kami dan perut kami dipujuk oleh belaian hidangan ayam tandoori yang superb, teh tarik yang wangi dan ber’flirting’ dengan Fuji X100S .

Banyak isu yang dibincang sambil tangan kanan suap ayam tandoori dan tangan kiri amek gambar. Dibawah dihidangkan beberapa shot yang diambil bergilir gilir oleh kami , dan diedit dengan my ever faberet VSCO Film :)

(esok rasa nak pi makan lagi kot)

Hahaha.

DSCF0416 DSCF0417 DSCF0418 DSCF0422 DSCF0423 DSCF0424 DSCF0428 DSCF0431 DSCF0444 DSCF0445 DSCF0446 DSCF0461

Around Central Market

Assalamualaikum !

Baru baru ni saya berkesempatan untuk mengikuti satu seisi pembelajaran percuma yang bertajuk Fujifilm Workshop : The Artistry and Quality of X Series Cameras yang diadakan pada 14 April lepas bertempat di Annex Central Market.

Para peserta berkumpul, berkenalan sambil betukar tukar pandangan dan pengalaman menggunakan X Camera masing masing. Ada diantara kami mengendong Fuji X Pro 1, XE-1 , X100 dan X100s seperti saya :)

Wakil wakil dari Fujifilm Malaysia seperti Kelvin, Jessica Chan dan Ashraf Saharudin berkongsi tips dan pengalaman masing masing untuk melahirkan manesfitasi seni fotografi dengan menggunakan camera camera Fuji.

Kami juga diberi tugasan ringkas untuk outing di sekitar CM selama kurang lebih sejam sebelum berkumpul semula dan memilih 5 keping shot terbaik untuk dikongsikan dengan keseluruhan kelas :)

Dibawah saya kongsikan beberapa gambar yang diambil dengan camera X100s saya dan kemudiaanya diedit dengan VSCO Film :)

DSCF0303 DSCF0306 DSCF0314 DSCF0320 DSCF0339 DSCF0341 DSCF0345 DSCF0357 DSCF0362 DSCF0364 DSCF0368 DSCF0371 DSCF0376

20130416-232137.jpg

20130416-231810.jpg

 

So many things i want to do with this Fuju X100s !!

See u guys around ! :)

 

Fuji X100S vs Streets of Bukit Bintang

Salam .

Fuh. Fuuuh. Fuuuuuhhhhhhh.

Uhuk uhuk uhuk. ( Batuk sampai berair mata)

Berdebu sangat blog ni kerna terlalu lama tak diupdate. Kesian Fotomamu.

Setelah mencari sana sini, naik supermarket sana, turun hypermarket sini, ronda Midvalley dan berebut parking di Low Yatt Plaza ketika waktu jem puncak, akhirnya saya ketemui jugak Fuji X100S yang dihajati sekian lama.

Why Fuji X100S? Apa jadi dengan D90 ?

Haha. Itu saya akan jawab dalam post lain ya :) Panjang ceritanya.

Dalam blog Eric Kim dan blog2 street photographer lain (terlalu banyak nak dinyatakan di sini) lately membuatkan saya tidur lewat kerana asyik melihat aksi tulus spontaniti masyarakat di jalanan serata dunia.

Tiada posing. Tiada set up. Tiada perancangan.

So, saya pergi ke Bukit Bintang hari ini, pertama kali membawa camera ‘sebenar’ untuk mencoba nasib setelah diinspirasikan oleh maharaja2 street fotografi luar dan dalam Malaysia .

But bila pegang camera di tengah tengah ribuan orang berjalan kaki di keliling saya, saya lost. Idea menyorok entah kemana mana.

Haisssh.

Berlainan benar rasanya berbanding memegang DSLR. Kekok jari jari saya. Butang butang penting masih belum diingati. Amatan melalui OVF Optical Viewfindernya berbeza dari cara kita melihat Optical Viewfinder DSLR dulu. Focus mana yang betul ? Auto focus? Manual focus kata sesetengah orang ? Saya cuba kedua duanya sekali.

Hasil dari camera, diedit semua dengan VSCO Film melalui perisian LR3.

Errrr, so ni lah hasilnya :

DSCF0166 DSCF0172 DSCF0184 DSCF0186 DSCF0190 DSCF0192 DSCF0194 DSCF0196 DSCF0197 DSCF0201 DSCF0218 DSCF0222 DSCF0223 DSCF0242 DSCF0244 DSCF0245 DSCF0246 DSCF0250 DSCF0252 DSCF0256 DSCF0257 DSCF0260 DSCF0267 DSCF0268 DSCF0286

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 36 other followers

%d bloggers like this: